‘Mungkin Ramai Tak Sabar Lihat Wajah Ainul Mardhiah Dari Dekat’ Rakyat Malaysia Kena Bersabar Sesampai Sahaja Terus Ke HKL Dan Ini Sebabnya

Lebih sebulan berada di London, akhirnya adik Ainul Mardhiah yang sebelum ini menghidapi ketumbuhan di mulut akan tiba ke Tanah Air pada tengah hari nanti.

Dah nak sampai Malaysia
Pembedahan membuang ketumbuhannya itu telah berjaya dan bayi comel tersebut dalam proses untuk sembuh. Menerusi Harian Metro, Ainul serta ibu dan bapanya telah bertolak dari London pada pukul 9.30 malam semalam.

Ketika dihubungi,  bapa Ainul, Ahmad Safiuddin memberitahu bahawa anaknya akan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur setibanya dari penerbangan yang panjang.

“Ainul dijangka tiba hari ini sebelum terus ke HKL untuk pemeriksaan,”Katanya.

Harap semua faham keadaan Ainul

Sebelum bertolak pulang, Safiuddin telah memuat naik posting di Facebook dengan memberitahu sebab Ainul perlu dielakkan daripada terdedah dengan persekitaran awam. Hal ini kerana dia risau Ainul akan menerima jangkitan seperti pernah terjadi sebelumnya.

Terima kasih Malaysia

Safiuddin juga sempat mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak jemu mendoakan serta memberikan kata-kata semangat untuk Ainul dan keluarga.

Selamat kembali si kecil

Menerusi muat naik Harian Metro di Facebook, rata-rata netizen telah menurunkan komen menzahirkan rasa teruja dengan kepulangan adik Ainul. Walaupun tidak berkesempatan untuk menyambut kepulangan bayi kesayangan Malaysia itu di KLIA, namun doa buat Ainul tidak pernah putus.

Harap tak ada sesiapa yang datang serbu

Baby Kesayangan Dah Balik

sumber : hmetro kredit : ohmymedia




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top