‘Mulanya Susah Saya Nak Berjumpa Bakal Suami Saya’ Rina Petra Dedah Lamaran Romantis Sultan Kelantan Dan Ini Luahannya

ISTERI Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra mengakui keputusan untuk berkahwin merupakan pilihan yang tepat.

Dedah Rihana, dia dilamar ketika pertama kali berkunjung ke Malaysia bersama kedua-dua ibu dan bapanya tahun lalu.

“Saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya.

“Kami amat terpesona apabila melihat sendiri negara ini dan saya telah jatuh cinta dengan negara Malaysia.

“Saya tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila bakal suami saya meluahkan perasaannya dan memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu.

“Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya. Maka, itulah permulaan cerita cinta kami,” tulisnya menerusi akaun Instagram.

Kapsyennya Berbunyi Begini,

Selepas pertemuan pertama, saya dan bakal suami meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari. Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan. Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Russia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk berkerja sama dengan syarikat tersebut. Menurut kontrak ini saya terpaksa berpindah ke New York. Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi. Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya. Kami amat terpesona apabila melihat sendiri negara ini dan saya telah jatuh cinta dengan negara Malaysia. Saya tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila bakal suami saya meluahkan perasaanya dan memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu. Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya. Maka, itulah permulaan cerita cinta kami. Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah

Sebelum itu kata Ratu Cantik Rusia itu, hubungan jarak jauh mereka berdepan kekangan apabila beliau dikehendaki berpindah ke New York atas dasar kerja.

“Selepas pertemuan pertama, saya dan bakal suami meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari.

“Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan.

“Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Rusia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk berkerja sama dengan syarikat tersebut.

“Menurut kontrak ini saya terpaksa berpindah ke New York. Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi,” katanya.

Sebelum ini, Rihana berkongsi cerita pertemuan pertamanya dengan baginda Sultan Kelantan di Eropah pada tahun 2017.

Portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Rihana telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan putera sulung yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei 2019.

“Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah,” tambahnya lagi.

komen-komen netizen

We are so excited to see you

kecek kelate sikit tuanku

Alhamdulillah Amin Raja Permaisuri Kelantan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : astroawani




Post a Comment

0 Comments