Motif Lelaki Yang Sebelum Ini Viral Makan Kucing Hidup-hidup Terjawab

Baru-baru ini viral video di Facebook dan Instagram, seorang lelaki di Kemayoran Jakarta Pusat memakan kucing hidup-hidup dan polis berjaya membongkar siapa dan apa motif si pelaku.

Dalam video tersebut menunjukkan, seorang lelaki yang memakai kemeja coklat dan topi berada di tengah jalan. Lelaki tersebut nekad memakan kucing tersebut hingga perut kucing terkoyak. Kelihatan dalam video itu lelaki tersebut juga sedang marah-marah.

Video viral itu dinyatakan diambil pada Ahad lepas (28 Julai) di pasar Kemayoran Jakarta Pusat.

Tindakan lelaki itu dihujani dengan kecaman dari warganet, terutama bagi golongan pencinta haiwan.

Mengenai kejadian yang viral di media sosial itu, Ketua Polis Kemayoran, Syaiful Anwar menyatakan bahawa pihak bertanggungjawab dengan mencari lelaki tersebut.

Syaiful menambah maklumat ini diperoleh daripada penduduk sekitar di mana lelaki tersebut bukanlah penduduk setempat, tapi ia sering datang minum jamu di gerai yang ada di kawasan tersebut.

Berdasarkan keterangan daripada penduduk, lelaki tersebut telah melarikan diri ke kampung halamannya di Serang, Banten.

Dilaporkan juga lelaki itu bekerja sebagai pegawai keselamatan di tanah yang dipertikaikan di kawasan Kemayoran. Lelaki itu hanya menjaga tanah selama beberapa hari untuk mengawasi para peniaga yang membuka gerai disana.

Melalui sumber yang sama, motif pelaku yang dilaporkan oleh Syaiful, bahawa lelaki itu memakan kucing hidup-hidup adalah bertujuan untuk menakutkan beberapa pemilik gerai di kawasan tersebut. Berdasarkan keterangan, ada tiga pemilik gerai yang tidak mahu menutup gerainya.

Lelaki tersebut marah dengan pemilik gerai yang tidak mahu menutup gerai, maka dia bertindsak nekad untuk makan kucing hidup-hidup bagi menakut-nakutkan mereka.

Sekarang polis masih mencari pelaku tersebut dan mendakwa lelaki itu mengalami gangguan masalah mental.

Sumber: Tribunnews




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top