'Mereka paksa saya minum' - Pelajar tampil jelaskan cerita sebenar


Susulan viral gambar seorang pelajar tingkatan dua tidak sedarkan diri selepas meneguk arak murahan, individu berkenaan tampil memberi penjelasan bahawa dia telah dipaksa untuk mengambil minuman itu oleh rakannya. 

Menerusi satu klip video yang viral di media sosial menunjukkan remaja itu terbaring di atas katil Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, mendakwa rakannya membeli minuman keras itu dengan sebotol Coke. 

"Mereka mencampurkan minuman birkarbonat dengan minuman keras sebelum memaksa saya meminumnya. Namun saya tidak mahu, mereka memujuk dan mengatakan ia hanya air bikarbonat sahaja. 

"Saya hanya minum dua teguk sahaja sebelum berasa pening dan menjadi separuh sedar. Ketika itu saya dapatm endengar orang bercakap di sekeliling saya. Selepas itu saya tidak sedar," katanya. 

Dalam pada itu juga, dia kesal kerana ada yang menyebarkan berita palsu kononnya dia telah meninggal dunia. 

"Saya tahu sepatutnya saya masuk ke kelas, bukannya mengikut rakan. Namun saya mengambil minuman keras itu bukan atas kerelaan sendiri, malah itu adalah kali pertama saya merasa minuman itu. 

"Keluarga saya juga agak terkesan dengan penyebaran berita yang tidak benar itu," katanya. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top