Langkah Mudah Buang Ketuat Tanpa Beli Ubat Di Farmasi

 

Walaupun tak sakit tapi ketuat kalau terkena pada jari-jemari memang jadi menganggu. Ketuat yang berpunca dari virus HPV ini akan sakit pada pandangan mata kita.

Sebab itu kalau boleh cepat mungkin kita nak hapus ketuat ini. Kalau nak tunggu ketuat ini luruh sendiri memang lambat.

Macam mana nak hapuskan ketuat?

Memang ada ubat di farmasi tapi kalau nak buat ubat sendiri di rumah pun boleh sebab bahan yang diperlukan mudah saja didapati seperti mana perkongsian Hanis Samsuddin .

Bahan yang diperlukan

  • Cuka epal/ apple cider vinegar – untuk bunuh ketuat
  • Kapas/ facial cotton – untuk menyerap dan menyimpan cuka
  • Plaster – untuk membalut kapas yang direndam dengan cuka
  • Vaselin – untuk melindungi kulit yang sihat dari tindak balas cuka

Langkah rawatan

1. Celup kapas dalam cuka epal lalu tampal pada ketuat. Kemudian balit dengan plaster. Biarkan semalaman.

2. Keadaan ketuat bila selepas dua hari. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka.. Jadi pastikan menyapu vaseline di keliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.

3. Hari ketiga cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua tiada rasa apa-apa sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan terasa sedikit pedih.

4. Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel ketuat mula mati dimakan asid.

5. Keadaan ketuat yang sudah mati.

6. Apabila ketuat jadi macam ni, boleh la korek sikit demi sedikit atau boleh biarkan ia tanggal sendiri.

7. Inilah rupa ketuat yang sudah tertanggal

8. Dah bersih dan tak sakit mata memandang jari jemari

 

The post Langkah Mudah Buang Ketuat Tanpa Beli Ubat Di Farmasi appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top