Lagi Kejadian Di Taman Tema, Lelaki Terhempas Dari Ketinggian 330 Kaki Akibat Kegagalan ‘Bungee Jump’

Saban hari, kita dihidangkan dengan pelbagai kejadian-kejadian di taman tema permainan yang menyebabkan kecederaan malah turut ada yang menemui ajal. Kebanyakan kejadian tersebut adalah disebabkan oleh permainan itu sendiri yang mengalami kerosakan sehingga membahayakan nyawa pengunjung.

Terbaru, seorang lelaki berusia 39 tahun mengalami kecederaan tulang belakang apabila tali ‘bungee jump’ yang dimainkannya putus ketika di dilepaskan. Mujurlah lelaki tersebut terhempas betul-betul di atas pelampung yang disediakan.

Selain mengalami kecederaan tulang belakang, lelaki berkenaan juga dilaporkan mengalami pelbagai kegagalan organ akibat daripada terhempas dari jarak yang tinggi. Permainan yang terdapat di Poland dimainkan dengan ketinggian hampir 330 kaki.

Sejurus kejadian, dia telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, dia dilaporkan akan pulih untuk melakukan segala pergerakan kerana kecederaan tulang belakangnya tidak melibatkan saraf tunjang.

Sumber: NDTV




Post a Comment

0 Comments