‘Kes Arwah Zulfarhan’ Akhirnya Ini Keputusan Mahkamah Terhadap Suspek Enam Pelajar UPNM

KEPUTUSAN sama ada 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), perlu membela diri atau sebaliknya dalam kes kem4tian membabitkan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain akan diketahui pada 31 Julai ini.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Datuk Azman Abdullah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan di hadapannya.

Terdahulu, ketika ditemui media selepas prosiding mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim berkata, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa terdapat 90 tekapan seterika wap di badan Zulfarhan.

Hujahnya, 90 tekapan itu menyebabkan kecederaan sehingga 80 peratus pada badan mangsa.

“Berdasarkan laporan pakar patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Salmah Arshad iaitu saksi keenam pendakwaan, dalam keterangannya memberitahu perbuatan menekap seterika wap pada anggota badan mangsa menyebabkan keceder4an teruk,” katanya.

Arwah Zulfarhan bersama kedua orangtuanya

Julia berkata, selain saksi keenam itu, keterangan dua saksi mata iaitu saksi pendakwaan ke-24, Ahmad Senabil Mohd dan saksi pendakwaan ke-25, Mohd Syafiq Abdullah turut diambil kira dalam kes yang membabitkan enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memb4nuh dan bersubahat memb4nuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 23 tahun dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseks4an yang memperuntukkan hukum4n m4ti mandatori, jika sabit kesalahan.

“Dua saksi mata melihat kejadian puk4l dan perbuatan menekap seterika wap ke badan m4ngsa ketika kejadian.

“Tidak kisah giliran siapa (yang menekap) tetapi tertuduh buat seperti yang disebut dalam keterangan saksi. Pembabitan itu ada,” katanya.

Sementara itu, antara isu yang dibangkitkan pihak pembelaan adalah punca kem4tian Zulfarhan bukan kerana luka dan kesan panas yang disebabkan tekapan seterika wap.

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi ketika ditemui selepas prosiding berkata, kem4tian Zulfarhan disebabkan faktor luaran.

“Pada awal rawatan keadaan Zulfarhan berada dalam keadaan baik tetapi mangsa kritikal selepas bertukar ubat,” katanya.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan c4dera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Pertuduhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseks4an dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kes4lahan.

Seramai 29 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan yang bermula pada Januari 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top