‘Jaringan Gol Dari TMJ Memang Cantik’ Tapi Cara TMJ Raikan Golnya Buat Netizen Terhibur

SIAPA sangka Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mampu meledak jaringan cantik dalam aksi bolasepak menampilkan ramai bintang antarabangsa di Malaysia.

Gol kelima jaringan beliau untuk pasukannya disaksikan ribuan peminat ketika beraksi pada perlawanan amal JDT TMJ menentang JDT Rest of The World (All-Stars JDT) di Stadium Larkin, Johor Bahru, malam tadi.

Video

 TMJ meraikan gol ada gaya

Sebaik mendapat bola tolakan ke belakang (backheel) umpanan bintang Perancis, Florent Malouda, beliau terus membuat sepakan lencong menerjah penjuru jaring pasukan ROTW.

Andai jaringan dilakukan oleh Tunku Ismail yang menyarung jersi angka 84 berlaku dalam perlawanan liga, ia mungkin boleh dicalonkan untuk Anugerah Puskas.

Dengan disaksikan 17,000 penonton di arena Harimau Selatan yang juga juara Liga Super enam kali berturut-turut, perlawanan berkesudahan JDT TMJ menang dengan jaringan 9-5.

Aksi amal itu berjaya mengutip sebanyak RM680,000 yang disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Women’s Aid Organisation (WAO) dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ).

Bintang legenda beraksi pada perlawanan itu adalah Rivaldo, Bebeto, Florent Malouda, Robert Pires, Louis Saha, David Trezeguet, Marco Materazzi, Claudio Caniggia, Robert Pires, Edgar Davids, Gianluca Zambrotta, Esteban Cambiasso dan Claude Makalele.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top