“Haritu Tersenyum”, Reaksi Netizen Bila Suspek Sebabkan Kecederaan Zulfarhan Larikan Diri Ketika Dirakam

Setelah dua tahun menanti, akhirnya 18 tertuduh yang terlibat dengan kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain bakal berhadapan dengan undang-undang dan diarahkan untuk membela diri.

Situasi hiba memenuhi ruang luar mahkamah, menyaksikan bapa kepada arwah Zulfarhan bersujud syukur atas keputusan prosiding yang menyebelahi anaknya.

Sementara itu, beberapa tertuduh dilihat cuba mengelak kamera media yang cuba merakam reaksi mereka di luar mahkamah.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Rakaman tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang meninggalkan komen pada bebenang Twitter yang dikongsikan.

Kasihan mak ayah hantar suruh belajar, bukan suruh main kejar-kejar

Tahu pun malu

Haritu tersenyum, harini lari

Merujuk kenyataan tentang perkongsian video beberapa tertuduh tersenyum ketika keluar mahkamah, seorang peguam meminta individu yang berkongsi video tersebut untuk memadamnya atas sebab tertentu.

Sumber: Bernama News Channel




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top