Eksklusif,Pencemaran Sisa Bahan Kimia Di Pasir Gudang,Pemergian Marini bukan disebabkan Sungai Kim Kim

PUTRAJAYA  Kem4tian seorang wanita di Pasir Gudang, Johor yang sebelum ini dipercayai akibat kekurangan oksigen dalam darah di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru semalam bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di kawasan tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan presentasi klinikal, gejala yang dialami serta hasil pemeriksaan berkaitan telah menunjukkan wanita itu mengalami kegagalan jantung dan fungsi jantung merudum akibat masalah kesihatan yang kronik.

Jelasnya, semakan laporan sedia ada di HSI juga mendapati bahawa tiada rekod yang melaporkan Allahyarham pernah mendapatkan rawatan semasa kejadian di Sungai Kim Kim atau sejak 20 Jun 2019 lalu iaitu sewaktu terdapat laporan kejadian pelajar sekolah sesak nafas di Pasir Gudang.

“Punca kem4tiannya bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang. Wanita itu merupakan seorang penghidap penyakit kronik terutama penyakit darah tinggi selama 10 tahun.

“Allahyarham telah dibawa ke HSI Jumaat lalu kerana mengalami gejala kesukaran bernafas dan batuk selama tiga hari, bengkak di bahagian kaki dan demam selama sehari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media tempatan hari ini melaporkan, seorang penduduk Pasir Gudang, Marini Kasman, 38, meninggal dunia akibat sesak nafas dipercayai ada kaitan dengan pencemaran di daerah itu.

Menurut laporan itu, Marini yang tinggal di Taman Cahaya Masai yang juga peniaga minuman meninggal dunia Sabtu lalu dipercayai akibat kekurangan oksigen dalam d4rah ketika mendapatkan rawatan di HSI.

Mengulas lanjut, menurut Dzulkefly, wanita itu telah dimasukkan ke dalam wad dan pemeriksaan mendapati Allahyarham berada dalam keadaan akut iaitu tekanan darah yang sangat tinggi dan sesak nafas.

Jelasnya, pasukan perubatan yang merawat telah berusaha sedaya upaya memberikan rawatan namun, keadaan kesihatannya semakin serius dan telah meninggal dunia pada pukul 4.20 pagi semalam akibat kegagalan jantung.

“Pihak kementerian sedia untuk berjumpa dengan ahli keluarga arwah bagi menerangkan semula penyebab kem4tian.

“Orang ramai, pihak media dan pihak lain dinasihatkan untuk menghormati perasaan keluarga arwah serta mengelak menyebarkan maklumat yang tidak benar. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : kosmo




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top