‘ Eksklusif,Adakah Ainul Mardhiah Memerlukan Pembedahan Susulan’ Ini Jawapan Dari Doktor

TIADA lagi prosedur pembedahan dijadualkan ke atas bayi Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kanser ‘Germ Cell Tumor’, 10 Jun lalu.
Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata, doktor yang merawat anaknya yang berusia 10 bulan itu, memberitahu tiada lagi pembedahan susulan selepas semua ketumbuhan di leher anaknya berjaya dibuang.
Bagaimanapun, menurutnya Ainul Mardhiah masih perlu menggunakan trakeostomi (tiub pernafasan) pada leher bagi membolehkannya bernafas dengan baik.

Ainul Mardhiah Makin Comel

“Setakat ini, tiada perkembangan terkini dimaklumkan doktor yang merawatnya, jadi kami tidak tahu bilakah Ainul boleh keluar dari hospital malah kami juga tidak diberitahu sampai bila trakeostomi akan digunakan,” katanya, ketika dihubungi di United Kingdom (UK).

Menurutnya, prestasi kesihatan Ainul Mardhiah bertambah baik setiap hari dan pasukan perubatan yang memantaunya gembira melihat berat badan anak sulungnya itu bertambah.

Kesihatan Ainul Mardhiah Bertambah Baik

Pada 9 April lalu, Harian Metro melaporkan Ainul Mardhiah yang dikesan menghidap kanser Germ Cell Tumor sejak lahir mendapat perhatian umum sehingga berita mengenainya tular lalu ibunya Nurul Erwani Zaidi, 24, dihubungi doktor Malaysia yang berpangkalan di UK Dr Nur Amalina Che Bakri pada 21 April, yang menyuarakan hasrat membantu bayi terbabit.

Sejak itu, rumah keluarga bayi terbabit di Ayer Molek, Melaka tidak putus-putus menerima kunjungan pelbagai pihak baik individu, persatuan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi membolehkan rawatan membuang ketumbuhan itu berjaya.

Pada 13 Mei, akhbar ini turut melaporkan bahawa kumpulan pakar bedah dari UK akan memberi maklum balas susulan keputusan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) daripada Ainul, malah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membantu menyediakan pasport bayi terbabit sebagai persiapan ke UK.

Pada 24 Mei, bayi terbabit diiringi ibu dan bapanya bersama pasukan doktor pengiring berlepas ke London dan pemeriksaan segera dilakukan para doktor di sana, dua hari selepas itu.

Akhirnya pada 10 Jun lalu, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan selama lima jam dan tumor seberat 200 gram yang membesar di dalam mulut Ainul Mardhiah dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top