Dakwa Ada Unsur Kekejaman, Kerajaan Jordan Haramkan Permainan Video PUBG Di Negara Mereka

Baru-baru ini, Jordan telah mengharamkan permainan video yang paling ‘panas’ waktu ini iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) kerana mempunyai unsur kekejaman dan memberi kesan negatif kepada seluruh rakyat di negara itu.

Berikutan dengan itu, ia disamakan dengan filem The Hunger Games kerana mewujudkan watak-watak keganasan membunuh sesama sendiri dalam perjuangan maya untuk kemenangan ini telah menjadi permainan disukai ramai tanpa mengira umur dan jantina.

Sumber daripada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Telekomunikasi Jordan berkata mereka memberi amaran bahawa permainan ini mempunyai kesan negatif kepada pemain. Hal ini telah diambil serius oleh pihak berkuasa untuk menyekat permainan video ini secara rasmi.

Jordan antara lima negara yang mengharamkan permainan PUBG selain Iraq, Nepal, negara India Gujarat dan wilayah Aceh di Indonesia.

Institusi pekerjaan juga telah mengekuarkan amaran kepada semua pekerja untuk tidak memainnya walaupun PUBG ini sangat popular di kalangan masyarakat seantero dunia.

Untuk pengetahuan umum, pakar psikologi di negara ini telah berulang-ulang kali memberi amaran kepada permain kerana ia menggalakkan keganasan dan menyumbang kepada gejala buli dalam kalangan remaja.

Sumber: Dawn




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top