‘Bye Mama’ Lambaian Dan Ayat Terakhir Untuk Mama Dari Dua Beradik Sebelum Di Jemput Illahi

“KEDUA-duanya melambai tangan dan berkata ‘bye mama’ sebelum saya dan suami keluar rumah bagi menyediakan tempahan makanan untuk anggota bomba bertugas di Pelabuhan Klang.

“Tak dapat dibayangkan macam mana mereka menghadapi kebak4ran itu sebelum meningg4l dunia,” kata ibu dua beradik yang meningg4l dunia dalam kebk4ran di Jalan Utama, Kampung Endah, Kuala Langat Serihayati Ngainan, 48.

Mengimbas semula kejadian itu, Serihayati berkata, dia dan suami, Mohd Fakrul Khair Baharin, 41, keluar dari rumah sewa mereka 8 malam tadi.

Katanya, dua anak perempuan serta seorang anak lelaki sulungnya berada di rumah dan mereka juga sudah selesai menikmati makan malam serta solat Maghrib berjemaah.

“Saya dapat tempahan dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang untuk menyediakan makanan bagi anggota bomba yang memadamkan kebak4ran kilang kimia di Pelabuhan Klang.

“Jadi pada 8 malam saya keluar bersama suami, ketiga-tiga anak tinggal di rumah kerana mereka sudah biasa sejak kami berniaga makanan,” katanya ditemui di Unit Forensik Hospital Banting hari ini.
Serihayati berkata, mereka selesai kerja 2 pagi namun diminta menyediakan sarapan pagi untuk anggota bomba yang memadamkan keb4karan kilang terbabit.

“Jadi saya dan suami putuskan bermalam di hotel di Pelabuhan Klang, sebab lewat dan perlu bersedia awal pagi untuk memasak.
“Sebaik tiba di hotel, kami menerima panggilan daripada adik yang memaklumkan rumah terbak4r,” katanya.
Serihayati berkata, ketika kejadian kedua-dua anak perempuannya saja tinggal di rumah manakala anak sulungnya berusia 17 tahun keluar makan di restoran berhampiran kediaman mereka.

“Bila dapat panggilan adik, mereka tidak maklumkan keadaan kedua-dua anak saya, cuma mereka menangis.
“Apabila tiba di rumah 3.45 pagi, rumah atas berkayu papan sudah musn4h terbak4r dan kedua-dua anak juga pergi meninggalkan saya,” katanya.

Katanya, kedua-dua anak gadisnya itu disifatkan pandai berdikari serta ringan tulang membantu keluarga selain turut cemerlang dalam pelajaran.
Difahamkan, Nur Salsabila, 15, dan adiknya Nur Ain Sumayyah, 13, terperangkap dalam bilik hadapan rumah kayu kerana api mulai mar4k.

Jenazah kedua-dua beradik itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Endah di sini selepas selesai proses bedah siasat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

Sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top