Budak 12 tahun ditahan kerana disyaki merogol anak asuhan ibunya


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditahan kerana disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dijaga oleh ibunya. 

Suspek yang ditahan di rumahnya di Batu Gajah, dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sejak awal Ramadan lalu sebanyak tiga kali. 

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati, ibu suspek berusia 42 tahun tidka bekerja dan hanya mengambil upah mengasuh lapan kanak-kanak berusia antara 2 hingga 11 tahun dari jam 6.30 pagi hingga 9 malam. 

Mangsa yang berusia empat tahun sudah dihantar ke rumah ibu suspek semenjak Oktober 2017 hingga kini. 

Namun kejadian itu terbongkar pada Khamis lalu setelah mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluannya dan memberitahu ibunya bahawa suspek yang dipanggil sebagai abang membuka seluarnya dan memegang kemaluannya. 

Apabila ditanya bagaimana suspek memegang, mangsa hanya memberitahu 'sakit ibu' dan tidak berkemampuan untuk menceritakan bagaimana perbuatan suspek itu secara terperinci. 

"Kejadian dipercayai sebagai sebanyak tiga kali iaitu pertmaa pada awal Ramadan (tarikh sebentar tidak pasti), kali kedua pada 31 Mei dan ketiga pada 17 Jun lalu," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Selasa. 

Mangsa yang dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh juga menemui kesan koyakan pada pelbagai posisi sehingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah. 

"Terdapat kesan kemerahan pada bahagian 'introitus' dan kawasan dubur mangsa disyaki berlaku kemasukan dalam kemaluan mangsa oleh objek tumpul. 

"Kesan itu tidak dapat dipastikan kesan lama atau baru kerana kejadian sudah tiga kali berlaku," katanya. 

Ketika disoal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu disebabkan teransang selepas menonton video di telefon pintarnya. 

Polis menahan reman suspek selama empat hari bermula hari ini hingga Jumaat untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top