‘Akhirnya Pasir Gudang Kian Menangis’ Ibu 38 Tahun Korban Pertama Pencemaran Di Pasir Gudang

Berikutan kejadian pencemaran udara di Pasir Gudang, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa korban pertama akibat sesak nafas semalam.

Mangsa, Marini Kasman disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dipercayai kerana kekurangan oksigen.

Perkara itu dikongsi oleh Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi laman Facebook rasmi miliknya sebenar tadi.

“Mendapat perkhabaran bahawa Pn. Marini Kasman, penduduk Cahaya Masai, Pasir Gudang mangsa pertama meninggal dunia kerana sesak nafas.

“Salam takziah buat suami mangsa, En. A. Bakar Abd Rahman dan keluarga. Semoga tabah menghadapi ujian yang berat ini. Al Fatihah,” tulisnya.

Rata-rata netizen mengambil kesempatan untuk menitipkan al-Fatihah dan salam takziah buat keluarga Allahyarham serta menggesa pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan isu ini dengan segera.

Al-Fatihah

Harap Kerajaan Bertindak Serius

Ny4wa manusia jadi taruhan

Sumber : Mohamed Khaled Nordin




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top