‘Aishah Sambut Baik Maaf Dato Seri Vida’ Tapi Ini Syaratnya Yang Diberi Aishah Untuk Permohonan Maaf Tersebut

PENYANYI popular, Aishah menyambut baik permohonan maaf secara terbuka yang dibuat usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) di kediamannya di Ipoh, Perak, hari ini.

Video Permohonan Maaf Dato Seri Vida

Perkara itu satu daripada tiga syarat hasil proses mediasi antara kedua-dua pihak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Aishah, 54, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata, tindakan dibuat Vida itu adalah yang paling mustahak kerana membabitkan integriti.

“Alhamdulillah, saya okey dengan permohonan maaf dibuat. Bagi saya terma ini yang paling mustahak kerana ia membabitkan integriti saya dalam bidang seni. Rasanya peminat faham kenapa saya buat tuntutan ini.

“Saya tahu ada juga yang memperlekehkan saya seolah-olah saya terdesak. Biarkanlah fitnah mengalir. Banyak pahala saya boleh kumpul di akhirat nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Aishah yang juga juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) mengingatkan Vida selaku penaja utama program itu di mana esok adalah tarikh akhir pembayaran kos guaman.

“Esok tarikh akhir untuk pembayaran kos guaman sebanyak RM7,500. Jumlah itu selepas pihak Vida minta kurang daripada RM20,000. Manakala, 17 Julai ini adalah tarikh akhir pembayaran barang kemas berjumlah RM80,000. Barang kemas ikut tanda harga di kedai iaitu jumlah sama.

“Sekiranya gagal berbuat sedemikian, Vida dianggap menghina mahkamah kerana engkar perintah mahkamah,” katanya.

Pada sesi itu, Vida memohon maaf atas representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan bagi program GV4 yang beliau akui terkhilaf dalam mengumumkan harga barang kemas itu yang mana ia adalah harga ketika dibeli suatu ketika dahulu.

Menerusi kenyataan sama, Vida memaklumkan dia dalam proses pembayaran barang kemas

yang sudah pun dipilih Aishah sebaik proses mediasi selesai Isnin lalu di kedai emas yang dicadangkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top