Aishah dedah keputusan yang terkini kisah saman beliau terhadap dato vida

Penyanyi lagu Janji Manismu itu akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan butiran lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Kemelut dakwaan hadiah berlian palsu yang diterima penyanyi Aishah daripada usahawan kosmetik sebelum ini, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akhirnya menemui titik noktah.

Menurut peguam yang mewakili Aishah, Muhammad Izwan Azmi, kes itu berjaya diselesaikan melalui mediasi diantara kedua-dua belah pihak yang berlangsung di Kompleks

Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

“Mediasi berjaya diselesai dengan baik. Dalam erti kata lain tiada perbicaraan penuh akan berlangsung. Cuma terma-terma yang dipersetujui itu saya belum boleh nak kongsi.

Butiran selanjutnya akan dijelaskan kemudian.”

”Pihak Aishah dan Datuk Vida telah merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan yang Arif,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aishah meluahkan rasa syukur apabila mendapat pembelaan yang adil dalam perjuangannya sebagai anak seni.

Takbir! Menusuk jiwaku… Allah, Allah, Allah, sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui perjalanan penuh berliku sebagai anak seni, dipuja dan dipuji.

Tak kurang dicaci dan dimaki… Namun aku tetap aku, tak pernah nak ambil jalan singkat atau mudah untuk berjaya. Akhirnya boleh tidur lena selepas segala kekusutan bakal

terjawab. Ini perjuangan untuk semua anak seni. Semoga kerjaya kita diiktiraf sebagai satu kerjaya yang profesional dan bukan sewenang-wenangnya diperlekehkan oleh sesiapa,”

katanya. Terdahulu, Aishah mendedahkan satu kenyataan laporan penyelidikan rasmi berhubung rantai tersebut yang didakwa tidak bernilai dan bukan berlian asli yang

diterimanya selepas menjuarai program GV4.

Perkara itu diketahuinya selepas dimaklumkan oleh pemilik kedai sebuah barangan kemas.

Sekitar Ogos tahun lalu, Penyanyi Aishah telah meminta penaja program hiburan bersikap jujur dan tidak menipu mengenai hadiah yang ditawarkan kepada pemenang.

Menurut Aishah, 53 lagi, dia terkilan apabila mengetahui rantai berlian bernilai RM80,000 yang merupakan hadiah bonus tajaan daripada Datuk Seri Vida adalah tidak bernilai

dan bukannya berlian asli.

Pada mulanya saya pergi kedai barangan kemas untuk ubah suai rantai tersebut kerana ia terlalu besar untuk dipakai setiap hari, tapi mengejutkan apabila pemeriksaan mendapati

ia bukan asli.

Dua kali ‘tauke’ kedai itu check, ingatkan mesin berlian itu rosak tapi apabila letak cincin (berlian asli) berbunyi pula, saya terkilan dan tertanya adakah kerana ini hadiah

tambahan bermakna penaja tak boleh memberi jaminan ia tulen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya FB Lubokviral. Terima Kasih.

Alhamdulillah syukur segala persoalan telah terjawab dan Aishah dapat pembelaan yang adik sebagai anak seni..Semoga ini jadi pengajaran yang wajar untuk pihak yang terbabit.

Sumber: mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top