‘Adakah Kerana Muhammad Adam Perkahwinan Kedua PU Abu Nampak Samar’ Ini Respon Dari Hana Azraa

“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah,” demikian kata isteri pendakwah bebas PU Abu Sufyan, Hana Azraa yang mendedahkan perkahwinan mereka kini ibarat telur di hujung tanduk.

Tambah Hana atau pemilik nama sebenar Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia enggan dikaitkan lagi dengan PU Abu dan mahu netizen memahami situasi sebenar mereka “Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya.

“Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu. Tak nak mereka salah faham tentang kami. Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka Muhammad Adam Aysar  sampai ke syurga. Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik,” tambahnya.

Sementara itu, PU Abu atau nama penuhnya Mohd Abu Sufyan Mokthar Rozaidi, enggan mengulas mengenai kenyataan Hana berhubung situasi sebenar rumah tangga mereka yang dikatakan di ambang perceraian. “Saya dan dia masih suami isteri. Saya dan dia (isteri) okey-okey sahaja,” jawabnya secara ringkas.

Mengimbas semula, PU Abu dan bekas isterinya, Ain ‘Afini mendapat perhatian netizen sejak April lalu dan Hana dikatakan menjadi punca perceraian mereka. Konflik mereka selesai pada 16 Mei lalu apabila jatuhnya talak kedua antara PU Abu dan Ain. PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : mstar

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top