9 Petua Hilangkan Bau Durian Yang ‘Menyegat’ Dalam Kereta

 

Musim durian ini ramai yang takkan lepaskan peluang membeli raja buah ini. Tapi masalahnya bila beli dan letak dalam kereta walaupun sekejap tapi baunya tetap akan melekat.

Bau durian ini akan terus kita bau mungkin selama tiga hari. Lama sungguh kan. Jadi supaya bau durian ini hilang segera anda boleh praktikkan petua ini.

1. Potong tangkai durian letak di jaring aircond

Selepas beli durian sebelum masukkan dalam kereta, patahkan tangkai durian kemudian belah hujungnya.Letak tangkai ini tadi pada jaring aircond kereta. Ramai yang dah cuba hasilnya berkesan.

2. Buka tingkap kereta

Dalam masa yang sama kalau bimbang kereta berbau, semasa membawanya durian buka tingkap, jangan buka aircond supaya baunya tak perangkap dalam kereta.

Bila dah sampai, jika parking di depan rumah buka bonet seketika untuk keluarkan bau durian. Tingkap pula jangan tutup penuh, buka sedikit untuk keluarkan bau dan udara luar masuk.

3. Letak roti semalaman dalam kereta

Jika kereta masih berbau, maka gunakan pula beberapa petua ini. Antaranya letak beberapa keping roti di dalam kereta termasuk dalam bonet tempat letat durian. Biarkan semalaman, biasanya bau durian akan hilang.

3. Arang pun boleh

Selain roti, boleh juga gunakan arang. Caranya sama macam roti, letakkan saja beberapa ketul arang di dalam kereta untuk menyerap bau durian.

5. Bunjut serbuk kopi

Boleh juga bunjutkan serbuk kopi atau uncang kopi kemudian tinggalkan dalam kereta selagi bau durian ada.

6. Soda bikarbonat

Soda bikarbonat bukan saja digunakan untuk membuat kek tapi juga berguna untuk menyahkan bau termasuk bau durian. Caranya tabur serbuk soda ini di dalam bekas dan tinggalkan seketika dalam kereta. Boleh juga ditabur tapi ia perlu dibersihkan dengan vakum.

8. Letak daun pandan

Kalau ada menanam daun pandan di rumah, potong daun tersebut kepada beberapa bahagian dan letak di dalam kereta. Bau pandan yang harum ini akan lebih mendominasi berbanding bau durian di dalam kereta.

9. Kupas, terus masuk dalam bekas

Lagi satu petua untuk kurangkan bau, anda mungkin boleh meminta penjual durian mengupasnya terus dan anda siap sedia membawa bekas kedap udara. Selepas itu balut bekas ini dengan beberapa keping plastik. Insya-Allah bau durian tidaklah begitu menyengat dan anda sendiri boleh balik dan terus makan.

 

The post 9 Petua Hilangkan Bau Durian Yang ‘Menyegat’ Dalam Kereta appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top