8 Kesilapan Waktu Timbang Berat Badan, Sebab Itu Angka Selalu Tak Tepat

 

Bersungguh-sungguh diet tapi bila timbang angka makin naik atau tak berubah. Frust sungguh. Tapi jangan terus putus asa, situasi ini berlaku ada kemungkinan kerana anda salah menggunakan alat penimbang.

Nak timbang bukan boleh letak dua kaki atas penimbang ya. Kalau tak betul anda akan terus menerus kecewa dengan keputusan angka yang tertera.

Tapi masalahnya kita selalu buat salah waktu timbang berat, sampai dah jadi kebiasaan. Anda juga mungkin selalu melakukan 8 kesalahan ini sewaktu menimbang berat badan

1. Timbang sebelum tidur

Waktu terbaik untuk menimbang berat badan adalah waktu pagi selepas bangun daripada tidur sebelum sarapan. Jangan timbang pada waktu malam terutama sekali selepas makan kerana berat badan paling maksimum ketika ini. Anda mungkin menangis melihat angka yang tertera.

2. Timbang setiap hari

Kalau ya pun nak kurus cepat tak perlu timbang setiap hari ya. Ia hanya akan menambah tekanan bila lihat hanya sedikit perubahan. Anda juga yang down. Disarankan timbang seminggu sekali.

3. Guna penimbang berbeza

Minggu ni timbang kat rumah, minggu depan di pejabat kemudian di rumah kawan pula. Ini salah/ Kena pakai satu penimbang saja untuk dapat kesan yang konsisten.

4. Beli yang murah

Nak pakai lama jadi eloklah beli yang elok sikit. Penimbang yang murah kebiasaannya kurang tepat bacaannya. Sebaiknya beli jenis digital supaya dapat bacaan yang tepat.

5. Pakaian tebal

Baju dan seluar yang tebal akan mempengaruhi angka berat badan. Jadi seeloknya timbang menggunakan pakaian paling nipis tanpa kasut.

6. Letak di atas karpet

Akibatnya penimbang tak rata dan akhirnya bacaannya pun tepat. Anda dapat bezakan bacaan jika penimbang di permukaan lantai yang rata dan kukuh berbanding atas permukaan tidak seimbang.

7. Timbang tapi tak ukur

Selain daripada timbang berat badan, kena juga ukur perut, lengan, peha dan pinggu. Ada masa bila bersenam berat tak turun malah naik. Tapi sebenarnya badan makin mantap sebab lemak dan jadi otot.

8. Timbang ketika haid

Bagi kaum wanita, menimbang ketika haid tidak disarankan kerana adanya gangguan hormon yang mungkin akan mempengaruhi berat badan.

Sumber: Lifehacks

 

The post 8 Kesilapan Waktu Timbang Berat Badan, Sebab Itu Angka Selalu Tak Tepat appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top