35 NGO Berganding Bahu Tubuhkan Petisyen ‘Selamatkan Anak-Anak Malaysia’ Dari Pengaruh Vape

Isu penggunaan ‘vape’ dalam kalangan pelajar sekolah sangat membimbangkan walaupun ianya menjadi salah satu altenatif untuk berhenti merokok bagi orang dewasa. Namun, vape yang telah menjadi fenomena sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin popular dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

Ada juga yang berani dan tiada lagi segan silu menghembuskan asap rokok elektronik itu di khalayak awam dan ada juga tular sebuah video dimana seorang pelajar perempuan sedang menghisap vape di hadapan pintu pagar sekolah.

Rentetan daripada itu, sebanyak 35 agensi bukan kerajaan (NGO) bina satu petisyen untuk membantah golongan muda bersekolah menghisap vape. Nama petisyen tersebut ‘Selamatkan Anak-Anak Malaysia’.

Seramai 300 ribu pelajar sekoalh telah dikesan menggunakan vape atau rokok elektronik. Ini adalah satu fakta daripada hasil kajian TECMA pada tahun 2016. Mungkin jumlah tersebut boleh meningkat pada setiaop tahun.

Ibu bapa serta guru di sekolah mestilah risau dengan keadaan anak muda sekarang kerana terlalu banyak pendedahan tentang rokok elektronik ini dalam media sosial.

Ini adalah 35 NGO yang menyokong dan mewakili para ibu bapa dan guru, memorandum ini diutuskan sebagai solidariti masyarakat untuk disampaikan kepada pemimpin masyarakat dan pihak kerajaan untuk melindungi kanak- kanak dan pelajar sekolah dari terpengaruh dengan rokok elektronik yang kian berleluasa.

1. Bapa Muda Osem
2. Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia
3. Medical Mythbusters Malaysia
4. IKRAM Health
5. SELBAR
6. JBAR
7. GenBRV
8. PHM
9. Persatuan Alumni Fakulti Farmasi UKM
10. IIUM Pharmacy Student Alumni
11. Asthma Malaysia
12. Delegation of Nurses
13. Ini Sains Beb
14. Malaysian Pharmaceutical Society
24. Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser
25. MIMPA
26. NCSM
27. IK LOGIK
28. Pembantu Kesihatan Awam
29. I- Medik
30. Persatuan Alumni Perubatan Universiti Malaya
31. Nicotine Addiction Research and Collaboration Group, UM
32. Persatuan Pakar Perubatan Keluarga, FMSA
33. PAPISMA
34. Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM)
35. Green Crescent Malaysia (GCM)

3 perkara penting yang diketengahkan iaitu berkaitan:

1. PEMASARAN DAN PENJUALAN

– Melarang sebarang bentuk penjualan vape secara terbuka di premis jualan dan jualan diatas talian.
– Menghentikan semua bentuk pengiklanan dan promosi produk vape di media utama dan media.
– Larangan selebriti untuk mempromosikan produk vape

2. KAWALAN PENJUALAN CECAIR NIKOTIN

– Cecair nikotin yang ingin digunakan untuk tujuan berhenti merokok hanya boleh diperolehi menerusi ahli farmasi yang berdaftar
– Tiada perisa tambahan boleh dicampur masuk ke dalam cecair vape

3. UNDANG UNDANG & PENGUATKUASAAN

– Mempercepatkan pembentangan Deraf Undang-undang Kawalan Rokok Elektornik di bawah akta baru Kawalan Tembakau dan Merokok oleh KKM.
– Memastikan perlaksanaan tindakan penguatkuasaan untuk undang undang kawalan vape

Kajian juga mendedahkan kesan nikotin kepada otak pelajar yang sedang berkembang boleh menjejaskan tumpuan, ingatan, kognitif dan fungsi kanak-kanak serta remaja. Mereka juga risiko untuk terjebak dengan penggunaan rokok dan dadah merbahaya yang lain.

Mereka juga menyeru orang ramai untuk tandatangani memorandum atau petisyen ini. Hanya klik ini sekarang. 

Sumber: Public Health Malaysia




Post a Comment

0 Comments