Wang datuk a aida dua ratus ribu lesap dan orang yg disyaki adalah bekas suaminya

Ter baruu penerbit yang tidak asing lagi, Datuk A Aida telah mengalami masalah rumah tangga hingga membawa kepada perceraian dan dia kini mengalami kerugian sebanyak RM200,000 apabila wang dalam bentuk pelaburan miliknya dikebas seseorang.

In divdu manakah di-dakwa rapat dengan Datuk A Aida yang melesapkan wang berjumlah RM200,000 bakal terjawab apabila bekas suami produser itu dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.

Ke-tua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya berjaya menjejaki individu tersebut iaitu Ariff Aziz, 30, pada Selasa lalu yang merupakan suspek utama kes berkenaan untuk diambil keterangan.

Suspek adalah bekas suami A Aida sendiri. walaubagaimanapun kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

Kami rampas telefon bimbit suspek untuk mendapatkan maklumat seterusnya terutama berkaitan transaksi yang dibuat, katanya.

Di tanya adakah kemungkinan Ariff akan didakwa dalam masa terdekat, Noor Azmi berkata pihaknya memerlukan sedikit lagi masa bagi melengkapkan kertas siasatan.Polis turut merampas telefon bimbitnya.

Sehubungan itu, A Aida membuat lap0ran di Balai Polis Taman Bukit Indah, Ampang pada 21 Jun lalu berkaitan kes tersebut.

Polis mengesahkan Ariff Aziz sebagai suspek utama kes kehilangan wang berjumlah RM200,000 milik A Aida.

Dalam laporan yang dibuat itu, A Aida menamakan individu terdekat dengannya telah membuat dua transkasi pindahan pelaburan ke akaun tidak dikenali kerana hanya individu itu sahaja yang mempunyai maklumat peribadi A Aida bagi tujuan tersebut.

A Aida dikatakan menyedari wang berkenaan hilang yang keseluruhannya berjumlah RM213,805 ketika membuat semakan akaun semasa bercuti di Mesir antara 21 Mac hingga 31 Mac 2019.

Selepas pulang dari bercuti itu, A Aida melalui peguamnya Datuk Zulkifli Che Yong terus membuat permohonan untuk bercerai dengan Ariff kerana rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

Pada 18 Jun lalu pula, A Aida melakukan kejutan apabila dia mengumumkan sudah bercerai dengan Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz selepas pelakon itu melafazkan cerai talak satu pada 25 April 2019.

Jodoh di tangan Allah, siapa yang mahu berkahwin untuk bercerai? Semua orang mahu perkahwinan bahagia yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun saya terima perceraian ini yang hanya mampu bertahan tidak sampai setahun.

“Kami bercerai dengan talak satu selepas bersetuju untuk menamatkan perkahwinan ini secara baik,”

A Aida yang dihubungi mStar untuk menjawab adakah kejadian tersebut menjadi punca percerainnya, dia bagaimanapun enggan memberi komen.

Semasa semakan itu, A Aida mendapati terdapat dua transaksi luar biasa telah dibuat seseorang pada 1 Mac 2019 kira-kira pukul 5.45 pagi iaitu sebelum dia berangkat ke Mesir lagi.

Selepas itu terpulang kepada pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tindakan susulan, katanya.

Apa yang saya harapkanadalah kes ini berjalan dengan baik dan pihak yang bersalah dapat didakwa menurut peruntukan undang-undang, ujarnya yang berjaya dihubungi lewat

malam Khamis.

Pada Rabu lalu A Aida, 49, mendedahkan dia kehilangan lebih RM200,000 dalam bentuk pelaburan menerusi dua transaksi di luar pengetahuannya.

Seperti saya katakan sebelum ini, jodoh… ajal dan maut di tangan Tuhan. Dia yang menentukan apa yang berlaku.

Mengenai kes itu pula, saya tak boleh beri apa-apa kenyataan kerana ia dalam siasatan polis dan biarlah pihak berkuasa sahaja mengulas mengenainya.

Biarlah pihak berkuasa jalankan tugas dan harap semuanya diselesaikan dengan baik-baik. Masih awal untuk kita menilai atau tahu apa yang betul-betul terjadi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @lubokviral untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

KreditSumber:MstarOnline




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top