Walau Hari Raya Tapi ‘Adama Suka Petai’ Ini Respon Nurafilah bila Bersuamikan Lelaki Dari Guinea,Afrika Barat

TIBANYA Syawal kali ini lebih bermakna buat pasangan kahwin campur ini,Nurafilah Amir Rusdi dan Adama Mohamed Camara dari Guinea, Afrika Barat apabila pertama kali meraikan Aidilfitri sebagai suami isteri.

Nur Afilah atau lebih mesra disapa Fila yang baharu sahaja pulang menunaikan umrah pada 31 Mei lalu berkata, suaminya begitu teruja untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kampung Raja, Tunjang dekat Kubang Pasu, Jitra Kedah.

“Sebenarnya saya pernah beritahu suami tak apa kalau nak beraya di Makkah tapi suami kata nak balik Kedah.

“Dia kata nak merasai suasana beraya di kampung bersama dengan keluarga saya,” katanya kepada mStar.

Fila berkahwin dengan Adama selepas perkenalan singkat di sebuah pusat membeli belah 

Jelas wanita berusia 24 tahun itu, meskipun ini tahun ketujuh suaminya beraya di negara ini, sambutan kali ini lebih istimewa berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Kalau ikutkan dia selalu beraya di KL,tak silap saya ini tahun ketujuh. Sebelum ini tiap kali raya di akan pergi ke pejabat kedutaan mereka.

“Mereka akan makan masakan tradisional masyarakat Guinea di situ. Dia memang tak balik negaranya sebab sambutan Aidilfitri di sana biasa-biasa saja.

“Tapi bila Hari Raya Aidiladha memang dia akan balik sana kerana perayaan itu akan disambut secara besar-besaran,” katanya.

Dalam pada itu, anak kedua daripada empat beradik itu memberitahu suaminya teruja menikmati masakan Melayu yang dihidang semasa Aidilfitri.

“Suami memang tak pernah makan juadah raya Melayu. Jadi masa sambutan ni dia cuba semua hidangan raya seperti ketupat dan rendang.

“Tapi dia suka masakan mak seperti siakap masak tiga rasa, sambal petai yang saya sendiri tak makan, kari ikan dan nasi lemak. Dia juga suka hidangan pedas,” katanya.

Pengantin bersama keluarga sebelah perempuan dan rakan Adama

Pasangan ini menarik perhatian netizen apabila kisah perkahwinan mereka disiarkan mStar pada 29 April lalu.

Kedua-duanya sepakat menyulam cinta mereka selepas perkenalan singkat di sebuah pusat membeli-belah ke jenjang pelamin pada 26 April lalu.

Mereka juga berjaya merealisasikan hasrat untuk menunaikan umrah selepas pda 26 Mei lalu, sebulan selepas mendirikan rumah tangga.

Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : mstar




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top