(Video)Baru Beberapa Jam Sekolah Di Pasir Gudang Dibuka, Ratusan Pelajar Mengadu Sesak Nafas

Sejak beberapa hari lalu terutamanya pada Selasa, negara sekali lagi dikejutkan dengan insiden pencemaran udara di Pasir Gudang yang menyaksikan ratusan pelajar dan guru daripada beberapa buah sekolah mengadu sesak nafas dan mendapatkan rawatan.

Sebentar tadi, melalui video yang dimuat naik Bernama News Channel, beberapa buah sekolah yang terjejas sudahpun memulakan sesi persekolahan di Johor.

Bagaimanapun, tidak sampai beberapa jam selepas sesi persekolahan bermula, dilaporkan seramai 130 pelajar dan tiga guru daripada 15 sekolah mengadu sesak nafas dan perlu menerima rawatan.

Menurut Bernama News Channel lagi, Sekolah Kebangsaan Kopok adalah sekolah paling awal yang menunjukkan tanda-tanda gangguan kesihatan dalam kalangan pelajar.

Ikuti laporan Bernama News Channel di bawah untuk maklumat lanjut.

Sumber: Bernama News Channel




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top