(Video) 'Ya Tuhan! Duit kertas palsu, gold bar pula macam coklat bar' - Netizen terbahak tengok video peniaga online kantoi tayang benda palsu


Pelbagai cara yang digunakan oleh peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Iklan atau teknik pemasaran merupakan satu langkah yang digunapakai untuk melariskan produk keluaran mereka. Jika teknik yang digunakan menepati citarasa pengguna, maka untunglah si peniaga, tetapi jika tersilap cara, menjadi bahan kritikan pula.

Selain daripada memuat naik iklan di media sosial, menjadi trend terkini peniaga membuat secara langsung di Facebook dan Instagram. Di situ peniaga atau pengasas produk akan mempromosikan produk secara besar-besaran dengan memberikan diskaun kepada pelanggan, cabutan bertuah berserta hadiah. 

Untuk memenangi hadiah yang ditawarkan, individu perlu berkongsi kan 'live’berkenaan ke mana-mana group di dalam Facebook.

Perkongsian secara langsung seorang peniaga baru-baru ini menjadi tular apabila wang yang ditayangkan itu merupakan duit palsu. 


Berdasarkan video tersebut, wanita yang bernama Siti memegang sejumlah wang sambil menjemput netizen menyertai sesi siaran langsung itu. Kelihatan juga beberapa keping not berjumlah RM100 diletakkan di atas meja. 

Insiden kantoi itu dilihat ketika Siti mengambil salah satu not RM100, di belakang not tersebut kelihatan kosong.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung mendapat kritikan netizen. Mereka menganggap peniaga tersebut tidak berlaku jujur dan mengaburi mata pembeli. 



Walaubagaimanapun, ada netizen mengatakan wang di tangan Siti yang berjumlah RM 2,000 adalah tulen.




r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top