(Video) Tular Aksi Bahaya Geng Basikal Lajak Nyaris Rempuh Kereta Dirakam Dash Cam

Masihkah anda ingat berkenaan kisah kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang basikal lajak dan mengakibatkan dua daripada mereka terkorban di Pontian awal tahun lepas?

Nampaknya, selepas lebih satu tahun kejadian itu berlaku, golongan remaja ini masih lagi belum serik. Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan aksi bahaya ‘geng’ basikal lajak ini hampir merempuh sebuah kereta baru-baru ini.

Melihat kepada video tersebut, kumpulan remaja ini menunggang basikal mereka dengan laju di jalan raya, malah mereka turut telah melanggar lampu isyarat merah dan ada di antara mereka hanya beberapa inci sahaja daripada merempuh sebuah Perodua Myvi yang ingin memasuki simpang.

Kejadian itu dirakam oleh seorang pemandu melalui dash cam yang dipasang di kenderaannya dan telah dikongsikan oleh laman MyWatch di Twitter.

Video itu ternyata menarik perhatian netizen yang rata-rata kesal dan ngeri dengan tindakan yang dilakukan kumpulan tersebut.

“Rasanya dah tiba masanya JPJ kenakan cukai jalan pada gang basikal lajak,”komen seorang pengguna pada kiriman tersebut.

Sumber: Twitter MyWatch




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top