(Video) 'Tolong, anak saya hampir mati' - Ibu merayu bantuan di pusat tahanan Mexico


Seorang wanita (pendatang) menangis dan merayu agar individu yang menghampirinya itu memberi bantuan kepada dia dan anak lelakinya yang tidak sihat. 

Wanita itu berasal dari Haiti, sanggup baring di lantai berdekatan pagar di pusat tahanan pendatang di Tapachula, Chiapas, Mexico, memohon mereka (pendatang) diberikan keadilan. 

Dia berkata, mereka telah banyak menderita selama 10 hari berada di pusta tahanan itu tanpa makanan atau minuman. 

Menurut wanita berkenaan, anak lelakinya berusia satu tahun dua bulan, telah demam beberapa hari. 

"Dia dah demam beberapa hari, saya dah banyak terseksa. Mereka langsung tak bagi saya makan walaupun sedikit. Air minuman juga tidak diberi. 

"Tolonglah saya, tolonglah anak saya. Tolong.. anak saya hampir mati..." rayunya. 



Kira-kira seramai 100 pendatang Afrika dan Haiti merusuh di pusat tahanan itu semalam kerana meminta diberikan ubat, makanan dan mempermudahkan prosedur imigresen. 

Namun pihak imigresen pula mendakwa pendatang diberi makanan dan kemudahan perubatan. 


Sumber: Mirror



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top