(Video) Sedih, Mak Dan Ayah Didakwa Sedang Khayal Pengaruh Dadah, Tak Hiraukan Apa Yang Anak Cakap

Menyedihkan. Itu sahaja yang boleh dikatakan selepas melihat satu video yang memaparkan seorang anak kecil cuba menyedarkan ibu bapanya yang didakwa sedang khayal najis dadah apabila mereka terlepas perhentian mereka ketika menaiki bas baru-baru ini.

Video tersebut tular di Twitter dan ia menerima pelbagai reaksi daripada penonton yang rata-rata kasihan melihat nasib yang dialami kanak-kanak kecil itu. Tidak kurang juga, ramai yang marah akan tindakan ibu dan bapanya yang tidak bertanggungjawab.

Ketika kejadian, budak lelaki itu berkali-kali berkata “Ibu, itu perhentian kita” namun tidak diendahkan oleh ibu dan bapanya. Ibu kanak-kanak tersebut duduk bersebelahan dengannya manakala bapanya pula berdiri di hadapannya.

Dalam video yang dirakam oleh seorang penumpang lain itu, kedua orang tua kanak-kanak tersebut didakwa sedang khayal terutama selepas melihat keadaan ibu yang separa sedar dan bapanya pula tidak dapat berdiri dengan betul.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Camden, New Jersey dan menurut dakwaan sumber, ibu bapa kanak-kanak ini berkemungkinan besar sedang khayal dadah jenis heroin.

Heroin dikatakan akan mengganggu sistem imunisasi untuk membebaskan histamine, bahan kimia yang dilepaskan ketika seseorang mempunyai reaksi alergi dan ia akan menyempitkan pembuliuh darah seterusnya menyebabkan gatal-gatal.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai nasib ketiga-tiga mereka dan diharapkan kanak-kanak itu selamat bersama kedua ibu bapanya.

Sumber: Daily Mail




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top