(Video) 'Sayalah individu bersama ***** dalam video viral semalam' - Setiausaha Sulit Kanan pemimpin PKR, buat pengakuan


Viral di media sosial video dua lelaki yang salah seorangnya didakwa menyerupai seorang menteri kabinet sedang melakukan hubungan sejenis dengan pasangannya di sebuah bilik hotel.

Dalam klip video itu menunjukkan dua lelaki terbabit berada dalam keadaan bogel dan melakukan beberapa aksi seksual.

Turut tersebar sama, klip audio perbualan seks pasangan terbabit yang jelas sekali menjijikkan. 

Sementara itu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai video viral itu berkata, dia tidak mengetahui apa-apa mengenainya dan perlu membaca laporan itu terlebih dahulu. 

Bagaimanapun awal pagi tadi, setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md Akin, iaitu Haziq Abdullah Abdul Aziz tampil membuat pengakuan bahawa dia adalah lelaki dalam video viral itu. 

Menurut Haziq, video itu dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilih hotel di Sandakan tanpa kebenarannya.

"Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama***** *** dalam video yang telah viral semalam. 

"Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei, Pilihan Raya Kecil Sandakan di Hotel Four Points," katanya yang turut menggesa SPRM menyiasat menteri terbabit yang didakwa terlibat dalam banyak kes korupsi. 


Sumber: MalaysiaKini



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top