(Video) Remaja maut, buaian gergasi patah & jatuh terhempas ketika sedang berhayun


Video rakaman kejadian menunjukkan buaian gergasi di sebuah pusat hiburan patah ketika sedang berhayun, menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut di tempat kejadian. 

Tragedi yang dilaporkan berlaku di Jizzakh, Uzbekistan itu, mangsa bersama dengan sejumlah ramai pengunjung lain yang bermain permainan tersebut jatuh terhempas apabila kejadian itu berlaku. 

Difahamkan, kesemua pengunjung yang dipakaikan tali penggang keselamatan itu sempat dihayun 360 darjah. 

Namun secara tiba-tiba, batang buaian besi itu patah membuatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menjerit ketakutan sehingga ada yang menangis. 

Pihak berkuasa Uzbekistan mengesahkan seorang remaja perempuan yang hanya dikenali sebagai MH berusia 19 tahun terbunuh.


Sumber: Mirror



r

Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top