(Video) Miskin & tak mampu sara anak ramai, ibu buang bayinya di tong sampah


Tidak mampu menyara kehidupan anak yang ramai, seorang ibu anak lima nekad membuang bayinya ke dalam tong sampah dalam kejadian Rabu lalu di Thailand. 

Suspek berusia 29 tahun, Waraporn, dipercayai melahirkan bayi berkenaan pada Rabu lalu di kediamannya di Samut Prakan.

Namun pada keesokan harinya, Waraporn menaiki motosikal ke bandar berhampiran untuk mencari tong sampah untuk membuang bayinya.


Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, Waraporn membuang bayi yang disumbat dalam beg hitam ke dalam tong sampai berhampiran kawasan industri. 

Empat jam kemudian, pekerja pembersihan menemui bayi itu lalu memaklumkan kepada polis dan penyelamat yang kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 






Polis berjaya mengesan suspek dan terus menahannya sebelum dia mengaku membuang mangsa atas alasan terlalu miskin serta tidak mampu membesarkan anaknya. 

Menurut Waraporn, suaminya bekerja sebagai pemandu di wilayah lain da dia pula memperolehi pendapatai sebanyak 10,000 baht (RM1,326) sebulan, tetapi jumlah itu tidak cukup untuk menyara keluarganya. 

Sumber: Harian Metro, Daily Mail



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top