(Video) Lelaki Skizofrenia Tolak Lelaki Tua Jatuh Ke Landasan Keretapi, Alasannya Sangat Tidak Munasabah

Seorang lelaki yang menghidap skizofrenia mengaku menolak seorang warga emas berusia 91 tahun sehingga jatuh ke landasan semata-mata kerana lelaki tersebut kelihatan tua, ketika perbicaraan di mahkamah hari ini.

Paul Crossley, 47 menolak Robert Malpas ke atas landasan stesen keretapi bawah tanah di Marble Arch, di tengah bandaraya London pada tahun lalu.

Crossley didapati bersalah atas dua cubaan membunuh apabila dia turut menolak seorang lelaki lain, Tobias French di stesen berdekatan sebelum kejadian itu.

Pendakwaraya, Benjamin Aina QC berkata, “Lelaki tersebut memberitahu pegawai bahawa tindakannya menolak Robert Malpas kerana dia kelihatan tua dan tidak mampu melawan serangan itu.”

“Dia juga mengakui serangan tersebut merupakan tindakan yang sengaja dilakukan dan tingkah laku yang disasarkan.”

Benjamin menolak dakwaan ahli psikiatri, Dr Anneka John-Kamen bahawa Crossley mengalami psikosis dan paranoia ketika melakukan serangan tersebut.

Anneka mendakwa lelaki berkenaan memberitahunya bahawa dia mendapat ‘mesej’ yang ditujukan kepadanya melalui lagu West End Girls oleh Petshop Boys yang mengandungi lirik berbunyi,

‘You think you’re mad too unstable […] Call the police there’s a mad man around, Running down underground.’

Merujuk kenyataan ahli psikiatri lain, Dr Philip Joseph, beliau berkata,

“Saya telah bertanya kepada Crossley samada adakah dia akan menolak seorang wanita atau kanak-kanak ke atas landasan, dia berkata dia tidak akan melakukannya.”

“Jika seseorang mengalami psikosis, adakah dia mampu memilih? Adakah anda bersetuju bahawa jawapan yang diberikannya bukan indikator seseorang yang sedang mengalami psikosis?”

Terdahulu, merujuk kepada tiga laporan mengenai Dr Anneka tentang Crossley, hakim berkata walaupun lagu West End Girls telah menjadi ‘faktor’ yang direkod dalam laporan psikiatri, isu-isu lain termasuk hutang besar defendan kepada peniaga dadahnya juga boleh menjadi kemungkinan penyebab terhadap tindakannya itu.

Crossley ketika ditangkap memberitahu pihak polis bahawa dia tidak tidur setelah mengambil dadah bernilai £600 pada hari sebelumnya.

Mangsa, Robert diselamatkan oleh seorang guru, Riyah El-Hussani yang turun dari platform seminit sebelum keretapi hampir tiba.

 

Sumber: DailyMail




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top