(Video) Budak maut terjatuh, seluar tersangkut pada eskalator



Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut akibat terjatuh dari ketinggian 50 kaki selepas seluarnya tersangkut pada susur eskalator. 

Kejadian itu berlaku pada jam 6.15 petang, 22 Jun lalu di Nucleas Mall, Ranchi, India. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV menunjukkan, mangsa terdahulu bermain berhampiran eskalator itu sebelum seluarnya tersangkut pada susur tangan eskalator. 

Mangsa cuba menarik seluarnya tetapi tidak berjaya lalu cuba berpaut pada susur tangan itu menyebabkan badannya tertarik sama ke bahagian luar eskalator. 

Mangsa sedaya upaya cuba bertahan dengan berpaut pada susur tangan, malangnya gagal berbuat demikian lalu terjatuh ke tingkat bawah.

Mangsa mengalami kecederaan dan dilaporkan maut serta-merta di tempat kejadian. 


Saksi kejadian berkata, mangsa terdahulu menggosok badannya di susur tangan eskalator. 

Dalam peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan India, pihak pengurusan pusat beli-belah diwajibkan memasang jaring keselamatan berhampiran eskalator bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku. 

Sumber: Daily Mail



r

Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top