(Video) Asap Dan Api Menjulang, Israel Lancar Serangan Balas, Dua Juta Penduduk Palestin Terjejas

Terbaru, pesawat tempur Israel melakukan serangan balas melalui udara terhadap wilayah Gaza. Serangan tersebut dilapor dilancarkan semalam dan diarahkan ke kem Hamas yang terletak di Gaza.

Walau bagaimanapun, serangan daripada Israel itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan ataupun korban nyawa. Menurut salah seorang tentera Israel, serangan menggunakan beberapa pesawat ini merupakan tindak balas terhadap sebuah roket yang dilancarkan oleh tentera Gaza pada Rabu lepas dan telah berjaya dipintas menggunakan sistem anti-peluru berpandu Dome Iron.

Insiden ini merupakan yang terbaru selepas pertembungan antara Israel dan Hamas yang berlaku pada bulan lepas. Namun, gencatan senjata yang dipersetujui oleh Mesir, Qatar dan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyelesaikan konflik tersebut.

Akibat daripada itu, kira-kira dua juta orang Palestin yang tinggal di Gaza berada dalam keadaan membimbangkan di bawah sekatan Israel dan Mesir. Lebih teruk, bantuan antarabangsa yang dihantar ke Gaza juga telah disekat baru-baru ini.

Sumber: Detiknews, Israel Defense Forces




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top