Ulasan Mat Sabu ‘ Kapal China Besar Macam Mana Kami Nak Kejar’ Mencuri Tumpuan Sidang Kemuncak Keselamatan Asia

MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu mencuri tumpuan selepas video memaparkan jawapannya kepada media dalam satu soal jawab sempena Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-18, Dialog Shangri-La (SLD) di Singapura menjadi bahan jenaka dan tular di media sosial sejak semalam.

Rakaman klip video berdurasi tiga minit itu memaparkan Mohamad menjawab pertanyaan media antarabangsa mengenai isu-isu serantau terutamanya melibatkan keselamatan.

Paling mencuri tumpuan ialah ketika Mohamad menjawab pertanyaan wartawan terkenal, Aaron Connelly yang menyoal Mohamad mengenai pendirian Malaysia ekoran kehadiran kapal-kapal pengawal pantai China di perairan Laut China Selatan.

Dalam reaksinya, Mohamad dipetik berkata: “Kapal-kapal pengawal pantai China lebih besar dari kapal perang Malaysia, jadi macam mana kami nak kejar mereka.”

Video

Connelly kemudiannya memuatnaik jawapan Mohamad itu di Twitter sehingga mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata mempersoalkan kualiti jawapan menteri dari Malaysia itu.

Ada juga yang terkejut kerana Mohamad secara terbuka mendedahkan kelemahan aset pasukan keselamatan negaranya.

Tidak kurang juga yang menjadikannya bahan jenaka apabila Mohamad menyebut dalam kenyataannya bahawa Malaysia berkongsi Sempadan dengan China.

Dalam jawapannya, Mohamad juga menyatakan pendirian Malaysia untuk tidak berkonfrontasi dalam menghadapi pertembungan antara dua gergasi, Amerika Syarikat dan China, terutamanya di sempadan perairan.

Merujuk kepada perkara itu, Mohamad berkata: “When elephants fight, the grass will suffer” (bila gajah bergaduh, rumput akan sengsara)

Mohamad juga menjadi tumpuan apabila menggunakan istilah ‘him’ untuk merujuk Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden yang merupakan seorang wanita.

Beliau juga memuji cara pentadbiran Arden menangani kejadian keganasan di negara itu sebelum ini.

Sementara itu, video berkenaan menjadi sasaran warganet yang mengkritik cara dan penyampaian Mohamad ketika menghadapi pertanyaan wartawan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

Sumber : Newmalaysianpost




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top