‘Tunang Terima Mesej Sayang Dari Perempuan Lain’ Dah La Tengah Dating,Ini Yang Berlaku Pada Gadis Ini

ADUHAI HATI mana yang tak sakit kalau ada pihak ketiga berani menghantar mesej ‘sayang’ kepada tunang sendiri, lebih pedih jika buktinya ada di depan mata.
“Korang bayangkan tengah keluar pergi dating dengan tunang aku, tiba-tiba telefon dia berbunyi keluar notification macam ni. Dengan muka yang tak bersalahnya, dia buat aku macam ni,” menurut luahan seorang gadis di laman sosial Twitter.

Perkongsian yang diulang kicau lebih 25,000 kali itu turut dimuat naik gambar, menunjukkan skrin telefon milik tunang gadis itu dengan paparan mesej I love you (Saya cinta kamu) dan I’m very sorry sayang (Saya minta maaf sangat sayang).

Salah satu perkongsian Jazlin mengenai tunangnya

Gadis berkenaan, Siti Jaslin Johari, 24, berkata, kejadian berlaku di dalam kereta yang dipandu tunangnya, Muhammad Ameer Ashraf Norhisham, 24, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Seri Kembangan, Selangor pada Rabu lalu.

Jaslin memberitahu, menerusi paparan notification di skrin telefon bimbit tunangnya tertera nama perempuan iaitu Dinie yang mengirimkan mesej ‘romantik’ itu.

“Masa tu saya tergamam sebab terkejut. Saya tanya dia siapa Dinie sebab tu nama perempuan. Bersayang-sayang sedangkan tunang saya tak ramai kawan perempuan.

“Tunang yang tengah memandu terus muka dia cuak. Dalam keadaan terkejut, dia selamba kata tak tahu. Saya ni rasa nak marah ada, segala rasa nak keluar sebab saya ni cemburu orangnya,perempuan kan,” katanya kepada mStar.

Antara kandungan mesej daripada pelanggan berkenaan

Tempoh 10 minit menunggu mesej tersebut dibuka amat memeritkan bagi Jaslin yang mengikat pertunangan dengan Ameer dua tahun lalu.

“Dalam masa 10 minit tu saya cuba dapatkan penjelasan pasal siapa perempuan ni. Saya tanya itu ini. Dia cuma kata tak tahu siapa perempuan tu.

“Bila mesej tu dibuka, memang sah ia dihantar oleh seorang perempuan bernama Dinie. Memang ada mesej sayang, love dalam Whatsapp,” ujarnya.

Ketika itu barulah tunang Jaslin mendedahkan sebenarnya Dinie adalah salah seorang pelanggannya yang mahu membuat pesanan pembelian tudung.

Ameer (kiri) dan Jazlin bertunang sejak 2017

Mesej ‘romantik’ itu untuk ucapan yang perlu ditulis pada sekeping kad pada kotak hadiah yang menghimpunkan set tudung yang ditempah Dinie.

“Saya jual tudung secara online sejak Mac lalu, dan kebanyakan pelanggan adalah perempuan. Ada juga pelanggan lelaki beli untuk girlfriend mereka.

“Tapi ini pertama kali saya terima mesej daripada pelanggan yang meminta untuk saya tuliskan perkataan I love you… sayang tu pada kad untuk gift box,” kata Ameer yang mengenali Jaslin semasa kedua-dua mereka belajar di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan, lima tahun lalu.

Penjelasan pelanggan mengenai mesej yang mencetuskan kontroversi

Ameer yang kini merupakan penuntut Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi, Selangor bagaimanapun menjelaskan bahawa susulan perkongsian yang tular itu, pelanggan bernama Dinnie tampil memberi penjelasan.

“Pelanggan terpaksa dedah misteri ucapan romantik tu. Pelanggan tu sebenarnya menolong rakan lelakinya untuk beli tudung sebagai kejutan buat girlfriend dia. Tak sangka pula mesej tu menimbulkan salah faham banyak pihak.

“Tunang saya berkongsi posting tu pula sekadar suka-suka sebab kelakar bila dia sendiri teringat yang saya ni sebenarnya jual tudung,” katanya mengenai tunangnya yang merupakan pelajar Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Ameer (kanan) dan Jazlin mengusahakan bisnes secara sambilan bagi mengumpul wang untuk berkahwin

Menurut pemuda itu, dia menjual tudung sambil dibantu tunangnya bagi menampung perbelanjaan harian termasuk simpanan untuk perkahwinan mereka.

“Saya dan tunang sambung belajar. Kami berniaga secara sambilan ni nak cari duit kahwin. Rancang nak kahwin selepas habis belajar tahun depan.

“Harap netizen tak kecam kami dan ini bukan strategi nak jual tudung. Kami sendiri pun pada mulanya tak tahu ucapan ‘sayang’ tu untuk siapa.

“Perkongsian ni sekadar pengalaman kami sebagai pasangan bertunang. Kami harap juga doakan yang baik-baik buat kami agar ke jenjang pelamin,” ujar Ameer.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top