Terkini,Kereta Di hentak P4rang,Seorang Berjaya DiCekup Dan Ini Sebenar Puncanya

POLIS Johor memberkas lelaki berusia 31 tahun yang juga individu utama kes b4li jalanan di Lebuhraya Pasir Gudang dalam kejadian 3 Jun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, lelaki itu dicekup 5.30 petang semalam di Simpang Renggam bersama tiga lelaki lain.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan selepas siasatan mendapati lelaki itu adalah suspek kes samun di kawasan Johor Bahru Selatan sebelum ini.

“Suspek utama ini ditahan bersama tiga rakan yang dipercayai terbabit dalam kes s4mun.

“Seorang suspek masih bebas dan kami giat mengesannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khalil berkata, menerusi tangkapan itu polis Johor yakin mampu menyelesaikan 11 kes jen4yah s4mun di sekitar Johor Bahru.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khi4nat.

Sabit kesalahan boleh dihuk4m penj4ra tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Kes samun disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Semalam, klip video berdurasi seminit 23 saat ditvlarkan netizen memaparkan kejadian 3 Jun lalu yang mana dua lelaki bertindak agresif di Lebuhraya Pasir Gudang.

Video itu menunjukkan dua lelaki keluar dari kereta dan beberapa kali menunjukkan isyarat luc4h kepada seorang pengguna jalan raya sebelum seorang daripadanya menghentak cermin hadapan kenderaan itu menggunakan p4rang.

Pemilik kereta yang cerminnya dihentak dengan p4rang tampil membuat laporan polis kelmarin.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat rasa tidak berpuas hati suspek tidak diberi ruang untuk memotong dalam keadaan jalan sesak.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top