‘Terimakasih Allah’ Adik Ainul Nampak Comel Selepas Pembedahan,Ini Luahan Kasih Ibu Nurul Erwani

Kisah adik Ainul Mardhiah sememangnya sudah diketahui seluruh rakyat Malaysia dan saat-saat yang dinantikan akhirnya tiba dimana khabar gembira untuk kita semua apabila adik Ainul selamat menjalani pembedahan yang memakan masa hampir 5 jam.Berkat bulan Syawal ini dan doa-doa yang dipohon pada Allah SWT adik Ainul In Sha Allah akan kembali seperti adik-adik lain dan kedua ibubapanya tidak sabar untuk melihat adik Ainul tersenyum.

Akhirnya kata-kata gembira dari seorang ibu,
“Ainul nampak sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. Insya-Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya,” kata ibu kepada Ainul Mardhiah.

Nurul Erwani Zaidi, 24, memaklumkan anak perempuannya berusia sembilan bulan itu yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor kini sedang berehat dan berada dalam keadaan stabil.

Melalui status yang dimuat naik di Instagram miliknya, Nurul Erwani berkata, pembedahan membuang ketumbuhan anaknya itu berjaya dan Ainul berjaya melepasi risiko bahaya.

“Alhamdulillah, sampai tidak tahu macam mana lagi nak ucap terima kasih pada doktor yang terbabit. Sangat bersyukur dapat kenal dan jumpa mereka semua.

“Ainul sekarang sedang berehat dan doktor tengah memantaunya,” katanya.

Malah, Nurul Erwani turut memuat naik gambar terbaharu Ainul Mardhiah dan kelihatan anak kecil itu sedang tidur.

Semalam, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat kira-kira 200 gram di mulutnya.

Antara kapsyen ibunya

Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi. Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang,Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London. Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami. Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga

Akhirnya Tumor 200g Dikeluarkan

Bayi sembilan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor selamat menjalani pembedahan semalam di sebuah hospital di London.

Tumor seberat 200 gram yang membesar di dalam mulut Ainul Mardhiah dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway yang memantau bayi berkenaan sebaik tiba dari Malaysia pada 24 Mei lalu.

Pakar Bedah Plastik Pediatrik dan Craniofacial Juling Ong berkata, pembedahan itu mengambil masa selama lima jam bermula 11 pagi semalam.

“Pembedahan berjalan lancar dan baik seperti dirancang. Ketumbuhan itu juga dapat dikeluarkan seperti dijangka.

“Tidak banyak pendarahan dan Ainul juga dalam keadaan baik dan stabil sepanjang pembedahan dijalankan.

“Ini satu pembedahan yang besar memandangkan ketumbuhannya yang agak serius, ” katanya.

Ong berkata, terdapat komponen kanser dan bukan kanser pada ketumbuhan berkenaan.

“Buat masa ini, kita meletakkannya di Unit Perawatan Intensif untuk keselesaan sementara lukanya sembuh.

“Kemudian, barulah dia dibenarkan dikeluarkan namun kita tetap akan memantau keadaannya untuk beberapa minggu dan bulan bagi memastikan sekiranya ada tanda keadaan sama berulang,” katanya.

Dalam pada itu, Ong turut meluahkan penghargaan kepada pakar pelatih surgikal, Dr Nur Amalina Che Bakri atas inisiatifnya membantu ibu bapa Ainul Mardhiah membawa bayi berkenaan mendapatkan rawatan di London.

“Tanpa beliau (Dr Nur Amalina) , kita tidak tahu mengenai kes berkenaan dan sumbangan daripada rakyat Malaysia juga yang menjadikan Ainul Mardhiah ke sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Dr Nur Amalina ketika ditemui berkata, beliau berharap rakyat Malaysia terus mendoakan Ainul Mardhiah supaya sembuh daripada penyakit berkenaan.

“Sebaik melihat berita dan gambarnya, saya rasa amat simpati dan tekad berusaha membawanya ke sini supaya dapat menjalani pembedahan seperti yang dirancang.

“Malah, saya menganggap dia sebahagian daripada keluarga sendiri dan berharap rakyat Malaysia terus mendoakannya supaya segera pulih, ” katanya.

Bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin, 24, bersykur kerana anaknya selamat menjalani pembedahan dengan bantuan pakar di hospital berkenaan.

Ahmad Safiuddin turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang dan terus mendoakan kesihatan anaknya.

“Selepas selesai pembedahan, kami lihat wajahnya comel, sama seperti ketika baru dilahirkan dan ini ibarat kelahiran semulanya.

“Kami bersyukur kerana segalanya berjalan lancar dan berharap dapat bermain dengannya seperti bayi lain,” katanya.

Mari kita doakan Adik Ainul terus sihat dan kembali menceriakan dan memberi senyuman kepada ibubapanya yang diuji oleh Allah SWT,berkat sabar dan doa in sha Allah kita semua akan melihat adik Ainul tersenyum seperti adik-adik lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top