‘Tak Tahu Nak Kata Apa Dekat Dr Amalina Ni’ Luahan Mendalam Dari Bapa Ainul Mardhiah

Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak mencoretkan penghargaan kepada doktor bedah Malaysia yang bertugas di London, Dr. Amalina Bakri.Tanda Bersukurnya seorang bapa hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui namun begitulah jika hambaNya diuji maka kembalilah pada yang Maha Pencipta.

Bapa kepada bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ ini berterima kasih kepada Dr. Amalina kerana bersungguh-sungguh membantu kesembuhan Ainul.

Selepas lebih lima jam bertarung nyawa di bilik pembedahan di sebuah hospital di London, Ainul berjaya dibedah dengan selamat.

“Tak tahu dah nak kata apa dekat Dr. Amalina ni. Kerana dia lah orang yang paling bersungguh-sungguh nak Ainul ke sini.

“Bermacam ujian dan dugaan nak bawa Ainul ke sini. Tapi dia tak putus asa, sentiasa cari jalan untuk bawa Ainul ke sini dengan kadar segera.

“Sehingga semalam, dia yang menemani Ainul sepanjang prosedur dijalankan. Now, usaha Dr. Amalina telah pun berjaya. Semoga Allah sentiasa merahmatinya,” tulis Safiuddin.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut sama mengucapkan terima kasih kepada Dr. Amalina atas budi baiknya membantu Ainul sekeluarga.

Pada 24 Mei lalu, Ainul bersama ibu dan bapanya terbang ke sana bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di London.

Liputan yang meluas tentang adik Ainul Mardhiah yang berjaya membuang tumor tersebut dan rata-rata amat gembira menerima berita tersebut lagipun adik ainul Mardhiah kembali seperti biasa.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : gempak




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top