Tak Serik-Serik, Lagi Kejadian Gagal Kawal Perasaan Di Jalan Raya

Ketika ini sedang viral di media sosial sebuah vide0 dashcam yang menunjukkan dua lelaki yang menunjukkan isyarat jari tengah terhadap seorang pengguna jalan raya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 5.52 petang Isnin di Jalan Frima dari arah Perling menghala susur masuk ke Lebuhraya Pasir Gudang, suspek yang memandu kereta Honda Civic nombor pendaftaran CCB 316, cuba memasuki lorong mangsa tanpa memberikan ‘signal’.

Bengang tidak diberikan ruang, suspek kemudian memberhentikan kereta dan keluar menuju ke arah mangsa. Mangsa dipercayai memaklumkan kepada suspek agar tidak bertindak melulu kerana segalanya dirakam oleh dashcam.

Suspek bagaimanapun tidak peduli dan menunjukkan isyarat |ucah pada dashcam dan begitu juga dengan rakannya yang turut keluar menunjukkan isyarat jari tengah.

Suspek masuk semula ke dalam kereta dan meneruskan perjalanannya tetapi sekali lagi berhenti dan keluar dari kereta dengan membawa snjta tjm yang dipercayai samu rai.

Suspek terus melibas snjta itu pada kereta mangsa sebelum kembali semula ke dalam keretanya.

Tunjuk isyarat lucah dan menyerang menggunakan senjata tajamKejadian berlaku petang semalam (03/06/2019) di Jalan Firma dari arah Perling menghala susur masuk ke Highway Pasir Gudang..#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, June 3, 2019

Sementara itu di media sosial, netizen menye|ar tindakan sam seng pemandu kereta terbabit dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap suspek yang jelas sekali menggunakan snjta tjam untuk mengancam keselamatan mangsa.

Sumber thereporter

The post Tak Serik-Serik, Lagi Kejadian Gagal Kawal Perasaan Di Jalan Raya appeared first on Lubok Viral.




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top