Tahniah,Sultan Muhammad V Dan Isteri Warga Rusia Timang Putera Sulung

SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V dan isterinya, Oksana Voevodina telah menimang putera sulung pada 21 Mei lalu, lapor Daily Mail.

Bayi itu diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra.

Ia diumumkan oleh bekas ratu cantik Rusia itu menerusi laman Instagram miliknya yang didaftarkan atas nama Rihana Oksana Petra.

Dia turut memuat naik foto kaki bayi itu menerusi laman Instagram.

“Segalanya yang diberitahu mengenai perubahan wanita selepas bersalin adalah benar.

“Kasihnya begitu istimewa. Perasaan yang baharu. Saya bersyukur kepada Allah dan suami saya atas kehadiran anak lelaki ini.

“Kini kami bertiga. Terima kasih kerana memilih keluarga kami, Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra,” tulisnya.

Posting itu sehingga kini menerima lebih 4,000 tanda suka.

Untuk rekod, pasangan itu dilaporkan berkahwin pada November tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top