‘Sungai Kim Kim Tidak DiBersih Sepenuhnya Dan Ini Akibatnya Yang Terjadi’ Ini Cerita Sebenar Dari Zuraida Kamarudin

PUTRAJAYA  Kejadian pelajar sekolah di Pasir Gudang, Johor mengalami gejala sesak nafas Khamis lepas dipercayai berpunca daripada sisa bahan kimia dari Sungai Kim Kim yang tidak diurus dengan baik, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Menurutnya, siasatan awal mendapati bahan kimia daripada sisa toksik yang diserahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kepada kontraktor pembersihan itu masih terbiar dan tidak dihapuskan sepenuhnya.
“Kita dapati bahan pencemaran yang dikenal pasti semasa kes Sungai Kim Kim (awal Mac lepas) yang telah diberikan kepada kontraktor untuk dibersihkan masih belum dihapuskan seratus peratus, masih terbiar di Pasir Gudang.

“Oleh kerana belum dihapuskan sepenuhnya, bahan yang terbiar di satu lokasi di Pasir Gudang itu telah dibawa oleh angin dan hujan, sekaligus menjadikan ia kembali merebak,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama warga JBPM sempena Hari Raya Aidilfitri, di sini hari ini.

Bahan pencemaran tidak dibersih sepenuhnya

Menurut laporan, kerajaan negeri Johor mengarahkan 17 buah sekolah, 69 tadika serta sebuah institusi pengajian tinggi yang melibatkan 20,108 pelajar ditutup selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis sebagai langkah berjaga-jaga.

Zuraida berkata pihaknya telah memaklumkan mengenai hal itu kepada Jabatan Alam Sekitar dalam usaha memastikan kerja-kerja membersih dan menghapuskan bahan tersebut dijalankan secepat mungkin.

Masih Tercemar Sungai Kim Kim

Kerajaan negeri Johor juga telah dimaklumkan mengenai pelupusan bahan kimia itu untuk memastikan sisa pencemaran dilupuskan dengan sempurna, katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata siasatan pihaknya mendapati kualiti udara di kawasan tersebut masih berada pada tahap rendah meskipun berada jauh dari Sungai Kim Kim.

Beliau berkata bomba akan terus bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri untuk menangani situasi itu selain memaklumkan perkembangan terkini kes tersebut kepada khalayak umum.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : sinar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top