‘Sudah Lima Jam Lebih Ayah Keluar Rumah Belum Balik’ Zahid AF Minta Bantuan Orang Ramai,Ini Pesanannya

PENYANYI Zahid memohon bantuan orang ramai untuk menghubunginya jika terlihat kenderaan yang dipandu bapanya di sekitar Teluk Intan, Perak.
Menurut Zahid, ayahnya itu memandu kenderaan jenis Proton Preve bersendirian dan tidak dapat dikesan setelah lima jam keluar daripada rumah.
“Ayah saya keluar pada hari ini 30.06.2019 pada jam 11.15 pagi tanpa pengetahuan ibu saya yang berada di dalam rumah.
” Ayah saya memakai baju t-shirt berwarna maroon da berseluar hitam dan keluar tanpa telefon, IC, lesen dan lebih membimbangkan tanpa wang ditangan.
“Dah lima jam keluar ni tak balik-balik lagi. Harap sesiapa yang di area Perak terutamanya, take note no plat DCS 6092 ye.

“Siapa-siapa area Teluk Intan yang nampak kereta Preve silver sila tahan dan maklumkan pada saya.

Perkongsian Zahid di Instagram pada hari Ahad

“Sebab papa saya dia bawak kereta dan tak ingat dia nak pergi mana, mohon bantuan kawan-kawan,” katanya.

Zahid berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi Instagram pada Ahad.

Menerusi ruangan Insta Story pula, penyanyi lagu Biar Aku Yang Tahu ini turut memuat naik foto terkini bapanya.

Menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman tersebut, Zahid memberitahu ayahnya itu masih belum ditemui.

Video

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

Sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top