‘Setelah Kehilangan Ibu Tercinta’ Kali Ini Mawi Di Uji Lagi Kehilangan Orang Tersayang

Tatkala masih berduka atas kehilangan ibu tersayang minggu lalu, penyanyi dan penyampai radio Mawi sekali lagi dikejutkan dengan berita pemergian anak saudaranya sebentar tadi.
Berita sedih itu dikongsi menerusi laman Instagram Zayan FM dengan memuat naik beberapa keping gambar kelihatan Mawi bersama isteri, Ekin Rahmat dan keluarganya.

Difahamkan, anak saudara yang masih bayi itu menghembuskan nafas terakhir di kediaman miliknya.

“Sama-sama kita doakan Al-Fatihah kepada anak saudara (bayi) cahayaasmawi yang meninggal dunia di rumah beliau.

“Sama-sama kita doakan, ujian berat untuk @cahayaasmawi & keluarga selepas kehilangan ibunya kini anak saudaranya. Al-fatihah,” tulis kapsyen tersebut.

Walaupun masih tiada maklumat lanjut mengenai perkara itu, rata-rata menitipkan salam takziah dan Al-Fatihah buat Mawi sekeluarga.

Setiap ujian, tanda Allah sayang

Bayi Syurga

Salam Takziah

Terdahulu, Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani telah mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil untuk arwah ibunya malam tadi.

Kehilangan orang tersayang membuatkan kita merasa sedih dan menangisi pemergiannnya namun semua ini adalah ujian dari Allah SWT menyeru hambaNya supaya bersabar dengan dugaanNya dan begitulah seterusnya dalam mengharungi hidup ini.

Mari kita ucapkan Takziah pada Mawi sekeluarga dan moga segalanya mendapat keampunan dan rahmat dari Allah SWT.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : ohmymedia

 

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top