‘Seorang Muazzin Dan Juga Polis DiJemput Illahi Selepas Solat Maghrib’ Ini Amalannya Sebelum Pulang Ke Rahmatullah

Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor meninggal dunia selepas selesai solat Maghrib di Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau, di Sungai Petani, semalam.

Fadzil Ahmad, 60, rebah ketika bacaan zikir pada 7.45 malam.

Anak arwah, Siti Nuraida, 32, berkata, bapanya singgah solat di masjid itu sebelum pulang ke rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik selepas pulang dari kampungnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

“Tengah hari semalam arwah ayah ada ke majlis kenduri perkahwinan di Sungai Petani bersama adik (Muhammad Syafiq, 20) sebelum mereka pulang ke kampung untuk menemui sanak saudara.

“Menurut adik, ayah ada mengadu sakit dada dan sesak nafas selepas mereka pulang dari majlis kenduri itu, namun arwah masih dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Seorang polis berpangkat Sub Inspektor, Fadzil Ahmad, 60, meninggal dunia selepas selesai solat Maghrib di Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau, Sungai Petani, semalam. FOTO Ihsan Pembaca

Siti Nuraida berkata, arwah bapanya dikatakan tidak mengalami masalah ketika mengerjakan solat Maghrib sehinggalah arwah kembali mengadu sakit dada ketika bacaan zikir selepas solat dibacakan.

“Ayah beritahu adik yang dia sakit dada balik sambil memegang dadanya ketika imam membacakan zikir dan arwah tiba-tiba rebah tidak lama kemudian,” katanya.

Anak kedua arwah itu mengakui, bapanya mengutamakan solat jemaah di masjid serta solat tahajud dan arwah juga begitu disenangi oleh orang di sekelilingnya.

“Memandangkan arwah kini sedang bercuti bersara yang dijangka pada 14 Julai ini, masanya banyak dihabiskan di surau IPD Sik.

“Arwah juga antara yang bertanggungjawab melaungkan azan di surau kuaters IPD sepanjang Ramadan lalu,” katanya.

Beliau berkata, jenazah arwah bapanya itu akan dikebumikan pada 11.30 pagi ini di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor Pulau Pinang.

Tiap yang bernyawa mesti akan menempuhi saat berpisah dari alam dunia ini dan adakah kita semua sudah bersedia?Jadi perbanyakkanlah amalan yang baik supaya menjadi bekalan kita diakhirat nanti.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top