‘Selamat Tinggal Jep’ Kucing Popular Malaysia Nor Azwana Akhirnya Pergi Selama-lamanya

Kisah Jep kucing yang tvlar baru-baru ini,

“Pada awalnya, kami nak letakkan nama Jack tapi fikir balik sebab kedengaran terlalu kebaratan, lalu kami pilih Jep sahaja, sesuai dengan lokasi kami di kampung dan kebetulan meminati pelakon komedi terkenal, Jep dari kumpulan Sepahtu.

Begitulah Asal Nama Jep Diberi Namun apakan daya Jep akhirnya m4ti setelah dilanggar sebuah kereta.

“SAYA melihat Jep masih boleh berlari selepas dilanggar, namun selepas itu dia rebah dan hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.

“Saya terus mendapatkan dan memeluknya, namun sebelum nafas Jep terhenti saya terus masuk ke dalam rumah kerana tidak sanggup melihatnya dalam keadaan begitu,” kata Nor Azwana Awang, 33.

Nor Azwana adalah pemilik kucing selebriti, Jep yang m4ti dilanggar kereta dalam kejadian di rumahnya di FELDA Jengka 11, Maran, 12.20 tengah hari ini.

Katanya, sebelum kejadian dia berada di rumah ibu mentuanya yang terletak berhadapan rumahnya dan tidak menyedari Jep tidur di bawah kereta.

Nor Azwana yang mesra dipanggil Ummi berkata, salah seorang ahli keluarganya mahu mengalih kenderaan dan ketika itu dia ternampak tayar kereta terkena leher Jep dan dia terus menjerit.

“Pada mulanya Ummi ingat Jep tiada apa-apa dan mungkin dia lari kerana terkejut, namun apabila melihatnya rebah kira-kira 15 meter dari kereta itu, Ummi terus mendapatkannya.

“Tiada kesan luka pada muka mahupun badannya, mungkin Jep mengalami kecederaan dalaman,” katanya.

Jep yang juga kucing jantan baka American Shorthair mempunyai lebih 480,000 peminat menerusi akaun Facebook, Oh My Jep dan diikuti kira-kira 125,000 pengikut di Instagram.

Keletahnya yang manja dengan perwatakan selamba membuatkan kehilangannya amat dirasai dan ditangisi peminatnya.

Ummi berkata, biasanya Jep akan tidur di celah langsir di dalam bilik tidurnya dan jarang duduk di bawah kereta, jika mendengar bunyi enjin kereta haiwan itu akan lari.

Katanya, kehilangan Jep itu meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya apatah lagi dia sudah menjaga haiwan itu sejak enam tahun lalu.

“Sukar untuk jelaskan kesedihan Ummi ketika ini, hendak makan pun tak lalu..asyik terbayang-bayang wajahnya, keletahnya.

“Jep memang kucing amat manja, jika Ummi sedang mencuci pinggan dia akan bermain-main di kaki Ummi, apabila Ummi sidai kain dia akan memanjat tempat jemuran dan temankan Ummi,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan menutup akaun laman sosial kucingnya itu selepas ini, Ummi berkata dia tidak berhasrat untuk berbuat demikian kerana akaun itu jugalah menjadi kenangan untuk dia sekeluarga.

Malah, dia belum berhasrat untuk mencari pengganti Jep memandangkan banyak kenangan yang tersimpan bersama haiwan itu.

“Nak dapatkan kucing sama seperti Jep mungkin sukar..setiap kali Ummi balik mesti dia dan sambut bila keluar dari kereta.

“Jika Ummi ke mana-mana atau tiada di rumah dia akan tidur di rumah mentua Ummi,” katanya.

Menurutnya, Jep ditanam di tepi rumah oleh suaminya, Mohd Kamarul Anuar Mohd Ariffin, 39.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top