'Saya ingin tawarkan diri untuk ganti cermin Alza itu' - Tak sanggup lihat 2 anak kecil beraya tanpa bapa, lelaki ini tawar diri untuk bantu Daniel


Walaupun ramai yang mengecam tindakan penunggang motosikal memecahkan cermin depan kereta dengan helmet hanya kerana tidak puas hati dihon, ada segelintir netizen yang bersimpati dengan nasibnya dan memahami apa yang dilaluinya itu. 

Mohd Fadzli Ramli, semalam menawarkan dirinya untuk menggantikan cermin kereta Perodua Alza milik Siew Chan Voon dan juga berharap Daniel Abdullah Tan dapat dibebaskan segera. 

Ini kerana, beliau bersimpati dengan nasib isteri dan dua anak-anak Daniel yang beraya tanpa dirinya. 

BISMILLAH. Assalamualaikum. Selepas terbaca tentang 'Abang Botak' kena hukum penjara setahun, ini bermakna dia terpaksa beraya di penjara. Sedih pula bila mengenangkan yang dia ada dua orang anak kecil. 

Dengan penuh rasa rendah diri dan keinsafan, saya ingin menawarkan diri untuk menggantikan cermin Perodua Alza kepunyaan Siew Chan Voon dan memohon 'Abang Botak' yang bernama Daniel Abdullah Tan serta-merta dengan harapan perkara ini tidak berulang.

Seluruh warga netizen mengecam perbuatan Daniel ini. Saya tak nafikan yang Daniel bersalah dalam hal ini, tetapi saya rasa dia patut diberi peluang kedua.

Lagi pula selepas saya dapat tahu tentang anak-anaknya, itu yang membuatkan saya terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua. 

Mungkin hari ini hari dia, tak mustahil satu hari nanti kita pula yang berada di tempat Daniel. Saya terbaca yang mana ini adalah kesalahan pertama Daniel dan beliau tidak pernah ada rekod jenayah sebelum ini. Mungkin dia cuma tidak bernasib baik pada hari itu di tempat yang salah. 

Saya tidak mahu mempertikaikan tentang hukuman yang sudah dijatuhkan mahkamah, itu semua bukan dalam bidang kepakaran saya jadi saya tidak mahu berhujah apa-apa tentang keputusan mahkamah itu. 

Tetapi saya juga pernah menjadi penunggang motosikal. Yang pernah menunggang motosikal saja mungkin akan faham dengan situasi ini. Kadang-kadang ada perkara yang terjadi di jalan raya boleh mendorong ke arah perilaku seperti itu. 

Encik Siew Chan Voon atau sesiapa yang mengenali beliau, boleh PM saya untuk urusan seterusnya. Terima kasih. 

P/S: Sekiranya sudah tiada cara lagi untuk kita tolong Daniel agar dia dapat dibebaskan, mungkin kita perlu fikirkan cara bagaimana untuk tolong keluarga beliau sempena nak menyambut Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi. 


LAPORAN BERKAITAN



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top