‘Salam Takziah’ Penyanyi Era 70 An,Halil Chik Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR  Penyanyi terkenal era 70-an dan 80-an, biduan Halil Chik meninggal dunia disebabkan serangan angin ahmar sekitar jam 7.00 pagi ini di Hospital Ampang.
Halil yang dikejarkan ke wad hampir dua minggu lalu setelah mengalami masalah darah tinggi melampau sehingga menyebabkan strok bahagian kanan badan kerana berlaku perdarahan otak kiri.

Sebelum ini,Menurut Tommie, doktor mengesahkan tekanan darah Halil tinggi melebihi bacaan 200 serta diserang angin ahmar dan ditempatkan di wad untuk jagaan rapi.

Menurut rakan baik Allahyarham, Datuk Tommie Tumiran yang mengesahkan perkara itu, jenazah berkemungkinan akan dikebumikan selepas solat Asar.

.”Saya terpaksa menangguhkan sebentar pengebumian, kerana menunggu adik-beradik arwah yang sedang bertolak daripada Singapura, tetapi jika mereka sempat sampai awal, kami akan melaksanakannya segera,” katanya .

Penyanyi 70an yang pernah bergelar Tom Jones pada waktu kegemilangannya pernah popular dengan lagu Lenggang Mak Limah dan Bunga Melati dan banyak lagu lain, sempat pulang beraya di negara kelahirannya di Singapura sebelum kembali ke Kuala Lumpur meraikan Syawal  tahun ini dengan dua anak lelakinya, Aliff 23 dan Johan, 19.

Jenazah akan dibawa pulang ke Masjid Bukit Antarabangsa dan dikebumikan sesudah Zohor nanti di Tanah Perkuburan Islam di Ulu Klang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : astroawani




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top