‘Ramai Yang Membuat Tuduhan Seorang Ibu Sengaja DiTinggalkan Di RnR’ Akhirnya Si Anak Buka Mulut

 Kisah Semalam, telah tvlar di media sosia kisah mengenai seorang wanita warga emas yang tertinggal di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) menghala ke Kuantan, sebelum dijumpai oleh pihak penguatkuasa jalan raya dan bermacam-macam komen dari Netizen menuding jari terutama pada anaknya.

Pelbagai tuduhan dan kecaman dilemparkan kepada si anak, sehingga ada yang sanggup mendakwa bahawa mereka sengaja meninggalkan warga emas itu.

Susulan daripada itu, salah seorang anak kepada warga emas tersebut, dikenali sebagai Batiah Mahadi, tampil memberi kenyataan mengenai apa yang sebenarnya terjadi menerusi lama  Facebooknya.

Abang tengah pening tak perasan mak keluar

Menurutnya, ketika kejadian, abangnya membawa ibu beraya ke Terengganu, tetapi pada hari itu abang kurang sihat ditambah kepala sedikit pening, dan kebetulan semua ahli keluarga yang lain sedang tidur.

Dipendekkan cerita, ketika abangnya berhenti di RnR, dia tidak menyedari bahawa ibunya turut keluar untuk ke tandas dan disebabkan keadaan yang kurang sihat membuatkan dia terlupa memeriksa belakang kereta dan berlalu pergi.

Ini Luahan Si Anak

Abang patah balik lepas sedar mak tak ada

Situasi menjadi panik selepas menyedari ketiadaan ibu, membuatkan abangnya berpatah balik ke RnR tersebut untuk mendapatkan semula ibu.

Mujur, dengan bantuan JPJ dan pihak polis, ibu mereka telah selamat dijemput oleh salah seorang waris, dan kini warga emas tersebut selamat di bawah jagaan keluarganya.

Kami maafkan sahaja

Tambahnya lagi, ibu sangat disayangi oleh anak-anak dan tidak pernah ditinggalkan berseorangan, sehingga ada rakan-rakan ibu kagum melihat cara layanan yang diberikan oleh anak kepada ibu mereka.

Walaupun pelbagai tohmahan yang diterima, Batiah sekeluarga membuat keputusan untuk memaafkan sahaja, kerana hanya Allah yang tahu bagaimana sayangnya mereka kepada ibu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : Batiah Mahadi




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top