‘Pelandok Dua Serupa’ Shuib Jumpa Tukang Gunting Bangla Sebijik Zizan,Ini Respon Zizan Buat Netizen Terhibur

Siapa percaya dengan pelanduk dua serupa? Ada orang kata, di dalam dunia ini akan tujuh orang yang mempunyai wajah serupa atau seakan-akan sama.
Terbaru, menerusi laman Instagram pelawak, Shuib Sepahtu telah berkongsi foto seorang tukang gunting rambut yang berkemungkinan warganegara Bangladesh sedang menggunting rambut pelanggan.
Hari ahad pon kerja ke Zizan?

Namun, yang menjadi perhatian adalah wajah tukang gunting tersebut sangat seiras dengan wajah Zizan Razak, terutama sekali di bahagian hidung.

Tidak sah kalau tak menyakat, Shuib menerusi kapsyennya sempat mengusik sahabatnya dengan menganggap tukang gunting tersebut adalah Zizan.

“Hari ahad pon keje ke Zizan ? Patutlah call tak angkat,sibuk kat saloon rupanya”

First customer ni pelakon Vietnam…

Lebih lucu lagi, Zizan pun melayan juga usikan Shuib, malah pelawak itu sempat membuat satu posting untuk membahan semula Shuib di Instagramnya.

Buat part-time tak cover hidung memang la orang cam

Malah, tidak dapat dinafikan lagi ramai yang mengatakan wajah Zizan memang sangat seiras dengan tukang gunting rambut tersebut.

Hidung tu Memang Sama

Memang Zizan Ke Tu

Ada bakat potong rambut rupanye

Shuib dan Zizan begitu diperkatakan ketika ini dan menjadi bualan Netizen bila baru-baru ini Zizan membuat lawak dengan kata-katanya tentang motor Shuib yang berhias.

Dimana pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berkongsi pengalaman melucukan apabila motosikal jenis Y15ZR (YSuku) miliknya ‘bertukar wajah’ selepas diubah suai oleh isterinya sendiri, Siti Sarah.Hasil kreativiti Sarah itu telah dimuat naik di Instagram Shuib malam semalam.”Tajuk filem: Asalkan kau bahagia, tempahan moto berhiasa dibuka sekarang,” katanya.Namun komen Zizan amat melucukan dan mencuit para netizen,

“Ib, Aku rasa kau boleh konvoi bila tiba hari kebangsaan. Macam perarakan hari merdeka je motor kau tu,” kata Zizan.Komen Zizan itu sekali gus mencuri tumpuan netizen termasuklah pelakon Nabila Huda.Sehingga kini komen terbabit telah menerima 4,497 likes.

Apapun harap kedua pelawak ini terus memeriahkan suasana hiburan tanahair dan menghiburkan kita semua.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : ohmymedia

 

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top